Video: Kuntuman Yang Layu

Rasa nak merepek tentang projek video KUNTUM.

Saya dulu pernah berkata, kemahiran saya ni umpama plateau dalam heart beat. Naik tinggi kemudian kekal pada satu tahap dan semakin menurun takkan pernah naik lagi. Tinggi itu pun cuma tahap average. Ini salah satu bukti.

Rasa menyesal pula membawa video ini untuk ditayangkan dalam majlis penutup KUNTUM III. Video ini terlalu bodoh untuk ditonton.

Sebabnya?


1. Muzik semangat jihad untuk Palestin tapi visual takde satu kaitan pun tentang Palestin.

Bila sebut video Palestin kita akan terbayang visual kanak-kanak meringkuk, mayat-mayat bergelimpangan, bom-bom letupan di sana sini, tangisan ibu-ibu dan pemuda-pemuda tanpa anggota. Tapi video ini cuma ada visual peserta program. Langsung tidak masuk, kah3 failed.

Mungkin silap pilih lagu sebab AJKP memang spesifik memilih konsep video ini tayangan peserta sepanjang program, maka salah sayalah kan? Haha siapa suruh guna lagu tema program?

Tapi tadi Bro Fadel Soliman sebut kita kena balance visual emosional, ganti dengan visual gelak-gelak boleh kot?


2. Teks sedih tapi visual gelak-gelak.

Yang ini pun bodoh. Peserta sedang bergelak ketawa apabila teks menulis tentang air mata dan muhasabah kehidupan. Langsung tak masuk, kah3 failed.


3. Teks sangat pening untuk dibaca.

Selepas saya render publish baru perasan bahawa teks itu langsung tiada makna. Saya sendiri tidak faham apa yang ditulis, anda fahamkah?

Ceritanya mungkin saya sedang stress tiada idea ditambah pening keletihan di tengah malam jam 12 maka saya membelek-belek pamplet dan kertas kerja kemudian tanpa sedar dirasuk menulis teks yang entah apa-apa. Kah3, failed.


4. Kesimpulan

Video ini berjaya menjatuhkan reputasi saya sebagai pembuat video. Mungkin sudah perlu bersara daripada bidang pembikinan video untuk tayangan umum. Kalau video tersebut untuk koleksi peribadi mungkin saya tidak rasa terlalu kecewa kerana kebodohan video tersebut akhirnya dijadikan muhasabah untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Ataupun kata lainnya saya boleh try test failed berulang kali pun tidak mengapa.

Bila dijadikan tayangan RASMI terasa macam saya memperbodohkan majlis pula. Maruah seorang pembuat video bukan pada tayangan di YouTube tapi tayangan di majlis-majlis rasmi – kalau gempak maka ia satu kebanggaan, kalau gagal ianya satu kemaluan.


Akhir kata, dengar lagu dan baca teks sudahlah ya, moga mesej itu sampai. Abaikan visual. Ariff Aizat di akhir video sudah cukup untuk mencuci mata, hik3

Tambahan, siapa perasan persembahan di dewan tadi agak muram. Projektor DMAK mungkin sudah tua, cahayanya sudah pudar – warna jadi sangat gelap. Efek glow juga nampak tidak cantik. Menambah lagi kegagalan video ini.

Tapi Bro Fadel Soliman sangat superb, nangis kot waktu beliau bercerita – Bahasa Inggeris dengan gaya Arab – sangat awesome!

Lagu Bebas Palestin oleh Rabbani Inteam Nowseeheart Saujana dengan sedikit olahan narration daripada Oda Bumi Anbia oleh Siti Nurhaliza.

Muka duckface pouting ni buruk gila. Pesal perempuan buat jadi comel?

IKLAN!
An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on “Video: Kuntuman Yang Layu

Komen di sini, bukan di tempat lain