Tiba-tiba video ini jadi VIRAL, 80 views dalam sehari.


YoonA si kucing adalah penyewa di rumah kami. Maknanya makanan, toilet, baju, seluar, permainan semuanya disediakan ayahnya si Pemenang cuma YoonA menginap di sini kerana ada ramai manusia tidaklah dia kesunyian.

Tapi kebelakangan ini YoonA sudah mula berperangai pelik.


Itulah, pantang kaki terjulur dari katil mulalah menggesel. Kita tengah tidur, dia menggesel di kepala. Bila tak bagi perhatian, keluar ke beranda mengiau. Panggil nama sikit, punggung terangkat. Tidur pula mengangkang, pertama kali melihat gaya tidur kucing begitu.

Hinggakan orang dalam rumah ini takut dibuatnya.


Mula-mula kucing ini mengeluarkan suara, semua orang teruja. “Wah, YoonA sudah pandai bercakap!”

Tapi bila asyik berbunyi bila dah bagi makan, semua mula risau “Apalah yang budak ini inginkan…”

Inilah dia perasaan ibu bapa bila anak kecil selalu menangis tidak tahu punca.

Tiba-tiba kucing ini mengingatkan kita pada pengalaman babysit adik-adik waktu masih baby dulu. Cuma kali ini lebih extreme, sebab anak sudah mahu kahwin. Haha

Kalau jantan keluar rumah takut-takut balik rumah bawa betina lain. Kalau betina keluar rumah takut-takut balik rumah bawa perut bunting.

Sama juga dengan manusia, anak-anak bila sudah besar ibu bapa selalu bimbang perkara yang sama. Kita sebagai abang pun selalu bimbang.

Tolonglah jadi anak yang baik. Pesan untuk kita juga.

p/s: seronok kan jadi kucing? semua benda orang jaga.

IKLAN!
Disebabkan konsert ini tidak boleh dijadikan modal untuk menyerang parti politik, maka tiada siapa peduli. Benarlah, kita kononnya warak bila berkaitan dengan parti dan jemaah sahaja.