Kuasa Media Nobody to Watch Over Me

Lama blog ini tidak di-update. Tapi Twitter dan Facebook elok dikemaskini setiap hari. Maka kita akan penuhkan blog ini dengan rapuan tentang cerita-cerita yang ditonton sepanjang cuti ini hinggalah idea menulis datang kembali.

Kita mulakan dengan filem Nobody to Watch Over Me ini :D

Info Filem: AsianWiki

Watak utama dalam filem ini adalah Koichi Sato (Katsuura) dan Shida Mirai (Saori). Shida Mirai memang actress favourite terutama selepas drama 14 Sai no Haha. Mula-mula kenal dalam drama Queen’s Classroom bersama dengan Amami Yuki. Shida Mirai memang versatile; sengal, serius, dewasa, semua beliau boleh bawak maka silalah tonton cerita lain yang beliau berlakon memang takkan mengecewakan.

Filem ini dirakam sepenuhnya menggunakan hand-held camera, boleh nampak footage dia shaky tapi professionally. Maka anda takkan terasa filem ini dirakam sedemikian. Videographer amatur di luar sana bolehlah menjadikan filem ini sebagai rujukan.

Tema terbesar dalam filem ini adalah kuasa media, tidak kira media konvensional mahupun media baru. Permulaan cerita penonton dihidangkan dengan wartawan mengerumuni rumah tempat suspek diberkas, siap ada adegan kejar-mengejar waktu polis memindahkan keluarga suspek ke tempat lain. Menakutkan kalau media sebenarnya berbuat demikian dalam real life. Tekanan yang diberikan pihak media sedikit sebanyak mempengaruhi ibu suspek membunuh diri.

Kemudian media baru mengambil alih peranan. Stalker dan detektif internet memang hebat. Pertukaran maklumat berlaku dengan sangat pantas dan sukar dibendung. Ada yang mengambil kesempatan meraih populariti internet dengan cara mendedahkan maklumat. Maka jangan pandang rendah dengan kuasa media, juga pihak media kena berani dan gagah menggunakan kuasa yang ada.

Persoalan lain yang ditimbulkan filem ini adalah jangan mudah menyalahkan sesuatu pihak. Perkara yang berlaku kadang-kadang ada kisah di sebaliknya. Sepertimana Katsuura yang dihantui kisah silam gagal mengawasi penjenayah hingga menyebabkan kematian orang awam, ada kisah yang kita tidak tahu. Kisah sebenar kejadian, kisah penyesalan beliau, kisah keluarga si mati.

Banyak perkara yang bermain di fikiran kita waktu menonton filem ini. Recommended. 8/9 bintang.

Nak lagi? Baca review ini: Movie Exclusive

p/s: cis kata pendek, panjang juga sebenarnya haha

IKLAN!
TuneTalk dengan pakwe tanpa batasan sebab dia auto-topup haha

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain