Nom Nom Nyam Nyam #2

Penyertaan kedua Nom Nom Nyam Nyam ini datangnya daripada adik Aini berasal dari Perak. Adik ini kata dia yang masak tapi kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mungkin emak masak, adik Aini tolong beli bahan, mana kita tahu.

Adik Aini menghantar DUA masakan untuk dinilai. Terima kasih kerana bersusah payah menghantar penyertaan dari jauh.


NAMA MASAKAN #1:

Agaknya adik Aini tahu rumah kita menerima penyewa baru bernama Smokey, maka beliau menghantar kuih ini yang dinamakan Kuih Terbakar.

Tapi kita lihat kuih ini tak hangus pun, adakah benar ia dibakar? Entah-entah direbus. Entah-entah juga kita tersilap nama.

KATA ORANG:

“Alhamdulillah, rezeki.” – Tambah 1 markah.

“Banyaknya, bagaimana dua orang mahu menghabiskan?” – Tolak 1 markah.

“Asyik orang atas yang bagi makanan…” – Tambah 1 markah.

MARKAH:

7 / 9 akhawat SNSD

KESIMPULAN:

Suami tak perlu dah pergi Bazar Ramadan kalau mengidam kuih ini. Lebih sedap daripada yang dijual di sana.


NAMA MASAKAN #2:

Makanan ini dinamakan Nasi Gila Kentang. Bagus ya adik Aini berjaya mengingatkan kita kepada zaman pendudukan Jepun dahulu waktu makanan dicatu dan kita hanya makan nasi campur ubi.

Nota: Ayam dalam gambar dijual berasingan

KATA ORANG:

“Mana lauk?” sambil belek-belek bungkusan – Tolak 1 markah.

“Eh, ni ada ayam ni!” lantas dijawab, “Ni ayam akulah…” – Tolak 1 markah.

“Nasi putih banyak lagi ni…” kemudian menunjuk periuk nasi. – Tolak 1 markah.

MARKAH:

2 / 9 akhawat SNSD

KESIMPULAN:

Suami miskin tidak perlu lagi bimbang isterinya kebuluran. Tambah lagi isterinya sedia bersusah payah bersama beliau, apa lagi bukti cinta yang diinginkan?


Petang tadi penyerahan Shantah Ramadhan. Terima kasih kepada yang menderma wang untuk membeli barang dan yang menyumbang tenaga menyerahkan Shantah. Aktiviti sebegini selain dapat memberi sumbangan, dapat juga melatih anak-anak Menengah Bawah bertemu pesakit dan adab-adab menziarahi pesakit.

Tapi kan, kita lupa doa ziarah orang sakit. Haha.

Untuk mendapatkan review tentang masakan anda boleh menghantar kepada kami di alamat Rumah Atas Basyandi, Tingkat 1, Mounira.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain