Antara janji tahun ini adalah berlatih semula menulis walaupun mengarut dan tidak berfaedah. Tujuannya supaya penulisan tersebut menjadi latihan mengekalkan kemahiran menulis agar tidak berkarat ditelan zaman. Caranya adalah dengan memaksa diri menulis sekurang-kurangnya sekali seminggu (hujung minggu) maka terpaksalah menulis sesuatu pada hari ini.

Baru-baru ini tertarik dengan Analisis Hadis Psikologi yang sering dipromosikan di laman Facebook Puan Ainon, menyebabkan kita tercari-cari bahan tersebut untuk dibaca. Tambahan pula dengan seminar, bengkel yang dianjurkan menambah lagi keterujaan diri ini.

Sepanjang berada di Mesir, sangat jarang melihat adanya kursus, seminar atau bengkel untuk memperbaiki skil bermasyarakat dan kemahiran berorganisasi. Selalunya program yang dianjurkan lebih kepada pembinaan skil peribadi seperti bengkel penulisan, grafik, video ataupun keilmuan seperti perubatan Islam, history taking, kemahiran klinikal, daurah kitab dsb. Skil yang dimiliki oleh ahli jawatankuasa selalunya dibina sendiri melalui logik akal, pembacaan dan pengalaman sendiri yang sudah tentu terhad, cuba-jaya, dan mungkin boleh diperbaiki lagi. Situasi ini dapat dilihat sewaktu lawatan ke UIA beberapa tahun dahulu dan melihat sendiri perbezaan gerak kerja organisasi mereka.

Lalu pada suatu hari terlihat post Puan Ainon mengenai Nabi tidak mengamalkan konsep “Engkau bagi idea, engkau yang buat”. Ini adalah kaedah bagaimana seorang Ketua mengendalikan mesyuarat untuk menggalakkan percambahan idea antara anak buahnya. Maka persoalan timbul, “Adakah terdapat sebuah modul untuk diaplikasikan dalam gerak kerja organisasi persatuan yang amatur supaya bergerak lebih profesional?” Antaranya mungkin Teknik Bermesyuarat, Teknik Bekerja Dalam Kumpulan, Asas Seorang Ketua Yang Baik, Bagaimana Proses Jualan Yang Berkesan, Bagaimana Merancang Program dll.

HADITH KAUNSELING GAYA NABI MUHAMMAD


Buku ini kita temui selepas membuat carian di Google dan meneliti beberapa laman web. Setelah dibuat penilaian kasar – paling mudah untuk diamalkan dan paling relevan dengan amalan seharian. Sambil itu boleh melihat sendiri apakah yang dimaksudkan dengan “Gaya Nabi”. Lalu terus dibeli dari DownloadIlmu.

Ada manusia berkata, teknik kaunseling yang sama diketengahkan dalam buku ini, cuma label “Gaya Nabi” membuatkan manusia teruja untuk mendapatkannya. Suka untuk kita sebut bahawa jika kita makan dengan tangan kanan tanpa mengetahui itu adalah sunnah, maka kita tak dapat pahala sunnah daripada makan menggunakan tangan kanan. Bermakna ilmu tentang sunnah (Gaya Nabi) akan membezakan taraf amalan kita.

Buku ini (kalau tidak silap) merupakan salah satu hasil daripada kajian yang dipelopori Puan Ainon dan Pasukan Penyelidik Hadis Psikologi. Antara tajuk lain adalah Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi, itupun ditemui lama dahulu melalui laman blog Ustazah Siti Khadijah.

KELAINAN


Kita sudah selesai membaca bab pertama, dan boleh disimpulkan beberapa kelainan yang ditampilkan dalam buku ini;

1. Biasanya apabila kita melihat sesuatu hadis, kita sering bertanya “Apa yang disampaikan Rasulullah SAW dalam hadis tersebut?”. Buku ini melihat dari sudut lain iaitu “Bagaimana Rasulullah SAW menyampaikan dalam hadis tersebut?”. Kata lainnya buku ini menceritakan teknik yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2. Buku ini turut menyentuh perbezaan “Gaya Nabi” dan “Gaya Barat”. Sebagai contoh dalam bab pertama menyentuh tentang bagaimana seorang ketua yang baik perlu proaktif bertanya masalah anak buahnya sekalipun ia nampak seperti masalah peribadi. Berbeza dari “Gaya Barat” yang lebih menekankan aspek privacy dan mind your own business. Tapi sudah tentu anda perlu baca buku ini untuk mengetahui teknik dan adabnya ;)

PEMBELIAN


Buku ini boleh didapati dari DownloadIlmu dengan harga RM15. Versi eBook mempunyai format PDF dan IBOOKS. 118 mukasurat. Tak pasti ada edisi cetak atau tidak.

Tapi mohon maaf terlebih dahulu awal-awal, walaupun muka depan sudah diberi amaran jangan dicetak, kita tetap cetak kerana memegang material merupakan nikmat paling agung; mata tak sakit dan kertas boleh diconteng nota. iPad? Haiwan apakah itu?

Beli RM15 (~LE30), print LE30. Jumlahnya LE60. Mahalnya harga sebuah ilmu. Tsk3

BENGKEL PSIKOLOGI


Alhamdulillah berjaya mendapat tempat untuk Bengkel Psikologi Gaya Nabi yang akan diadakan di Mesir paa 24 Januari ini. Bakal disampaikan Puan Wan Mazwati Wan Yusoff, Timbalan Ketua Pasukan Hadis Psikologi.

Harap berjalan lancar dan bakal memperolehi pengalaman baru yang boleh dimanfaatkan. Bukan senang mahu mencari program sebegini di Mesir :)


UPDATE 20130124

Thanks Dr Mazwati. Kita doakan Tim Hadith Psikologi akan berkembang menjadi sebuah niche yang suatu hari nanti menjadi silibus antarabangsa ;)
DSC02069