Pertama kali dalam sejarah bulatan Perbidanan dan Sakit Puan, kita datang ke kelas awal. Apabila berjalan kaki awal pagi maka akan bertembung dengan gerombolan pelajar yang turut sama menuju ke fakulti. Lantas kita terlihat seorang akhawat yang sungguh ayu bertudung labo.

Melihat beliau mendatangkan keinsafan kepada diri ini kerana teringat kisah seorang sahabat bernama Saidina Mus3ab bin Umair.

Watak Mus3ab dalam Qamar Bani Hashim - digambarkan berubah dari seorang yang bermewah-mewah kepada seorang yang sangat dhaif.

Watak Mus3ab dalam Qamar Bani Hashim – digambarkan berubah dari seorang yang bermewah-mewah kepada seorang yang sangat dhaif.


Kisah Saidina Mus3ab secara ringkasnya boleh diringkaskan sebagai kisah cinta seorang hamba kepada Tuhannya hingga sanggup meninggalkan kemewahan dunia demi Islam. Dulunya beliau seorang yang memakai pakaian kemewahan, selepas memeluk Islam beliau hidup dalam keadaan sederhana.

Antara jasa beliau yang lain adalah menjadi duta ke Madinah dan berjaya mengislamkan ramai penduduk di sana. Rentetan usaha beliau ini maka termeterai Perjanjian Aqabah Pertama.

Beliau syahid dalam perang Uhud mempertahankan bendera Islam hingga dipotong kedua anggota tangan sebelum akhirnya ditikam.

Keadaan beliau sewaktu dikafankan cukup popular dengan kata-kata, “Apabila ditarik kain menutup kepala, maka kakinya terbuka. Apabila ditarik menutup kaki, maka kepalanya terbuka.” Begitu kezuhudan seorang sahabat.

Itu kisah Saidina Mus3ab, sahabat Rasulullah SAW. Apa pula kaitan dengan akhawat bertudung labo tadi?

Stokin belang paras buku lali.

Stokin belang paras buku lali.


Melihat beliau yang bertudung labo sungguh menyejukkan mata – sangat sesuai dijadikan isteri, maka kita pun beristighfar seraya menundukkan pandangan. Lalu terlihatlah kaki beliau memakai stokin belang-belang warna-warni paras buku lali terselak ketika berjalan dek kain beliau yang juga singkat.

Tudung labo tersebut rupanya dibayar dengan potongan kain di bawah. Otak pun secara automatik mengeluarkan kata-kata baru yang mungkin bakal masyhur selepas ini, “Apabila dilabuhkan tudung, maka singkat kainnya. Apabila dilabuhkan kain, maka singkat tudungnya.

Begitu kezuhudan seorang pelajar di Mesir. Tapi, kaki paras buku lali ke atas tiada khilaf, adalah aurat.

Kesimpulan untuk akhawat – kalau suka pakai stokin pendek belang-belang warna-warni, pakailah seluar walaupun dah pakai kain. Lagipun sekarang kan selalu ribut pasir. Dalam cerita kartun/anime/manga, angin kuat ni biasanya kain terangkat. Tak takut ke? (Haha =P)

p/s: Di bawah ini ada ruang komen tahu? Penat letak tapi tiada manusia komen, grrr :(

IKLAN!
Wreck-It Ralph ni kisah dia unik, kalau dah tonton sila klik. Tak tonton lagi pun boleh jugak. #wreckitralph