Tadi baru ambil hadiah tempat ketiga Pertandingan Reka Dialog Kreatif sempena Ultimate Family Outing 2013.
DSC03014
Tak sangka boleh dapat hadiah, sebab buat pun last minute setelah gegirl tak sanggup untuk terus membaca dialog-dialog yang orang lain buat.

Ilham datang sebab sengaja nak kutuk nama rumah UFO13 – Dragon, Pegasus, Kraken, Yeti, Chimera, Phoenix. Agak kejam di situ sebab kita kutuk dalam pertandingan terus. Haha.
reka-dialog-ufo13
Saya memang minat cerita mitos, dewa-dewi, Cerberus, Hades, Ra, Bahamut, Ifrit, Shiva dsb sebab memang sejak kecil terdedah dengan cerita-cerita tersebut. Lebih-lebih lagi bila berada di Mesir ini, pernah berkunjung ke Luxor Aswan yang penuh berhala dewa-dewi, sungguh mengujakan bila menapak dalam kuil-kuil tersebut. Rasa nak menangis.

Tapi tak perlulah saya nak promote dekat orang lain kisah cinta Isis yang ke hulu ke hilir mencari bahagian tubuh suaminya Osiris yang dibunuh oleh Set. (Tapi akhirnya tak jumpa satu bahagian – penis – sebab dah dimakan ikan. Haha.)

Ataupun kisah cinta dua darjat putera Krishna dan Radha, dipuja dalam agama Hindu sebagai Radha-Krishna, simbol supreme love. Tapi Krishna akhirnya kahwin dengan puteri Rukmini, selepas menculik si puteri yang dipaksa kahwin dengan orang lain. Lebih kurang macam tema novel Setia Menanti (Fauziah Ashari), menangis bila baca.

Berbaloi untuk cerita mungkinlah Oedipus, kisah seorang raja yang percaya pada ramalan ahli nujum bahawa dia akan dibunuh oleh anaknya sendiri lalu membuang puteranya yang baru lahir. Oedipus membesar jadi gagah perkasa, by twist of fate kembali ke istana lalu membunuh si raja – ayahnya sendiri. Kemudian dia menikahi permaisuri aka emak kandung. Kisah ini diabadikan dalam istilah sains perubatan psikologi – Oedipal Complex; anak lelaki yang mencintai ibunya sendiri. (Pengajaran kisah ini, jangan buang bayi.)

Kesimpulannya, kalau nak guna tema haiwan, baik lagi kalau guna nama-nama haiwan di syurga. Tak semua orang tahu kan? (Walaupun masih ada perdebatan sebab dalam syurga ada segalanya.)
DSC03015
Buku ini beli untuk dibaca. Mudah-mudahan boleh baca untuk anak cucu juga.

MUST CLICK!
The recent Auditor General’s Report was filled with controversial findings, but not much has happened since then. Why are the state and federal governments not doing anything about it?