Aktiviti zaman kanak-kanak dulu, antaranya menyepahkan rumah dengan kertas. Origami memang aktiviti yang bagus untuk kanak-kanak develop coordination skills, di samping kepuasan bila dah siap bina satu model.

Anak-anak zaman sekarang mungkin mencabar diri sendiri siapa paling tinggi score Candy Crush, tapi anak-anak zaman saya mencabar siapa dapat buat origami yang susah.


Perasaan nak buat naga ini sempena Ultimate Family Outing PCK (walaupun tak turun pun main game, tidur sepanjang hari) – saya rumah hijau Dragon.

FLYING DRAGON

Origami paling mudah yang paling cantik saya kira. Tutorial daripada Origami Way.

Basic build sama macam burung (crane). Kebanyakan makhluk terbang memang guna basic ini maka tak tengok tutorial pun anda boleh buat.
DSC03006
Ruang dekat bawah boleh selit atas skrin, manakala lebihan atas boleh buat lubang untuk masukkan tali. Quite flexible.
DSC03009
Dua ekor; DRAGO dan DRAGONA. Seekor mata atas lipatan tanduk (putih), seekor lagi mata bawah lipatan (biru). Mana lagi cantik?

WALKING DRAGON

Tutorial dia Simple Dragon tapi tak sesimple yang dikata, level Intermediate. Mungkin simple sebab kertas yang diguna pun cukup kertas A4 biasa.

Tapi sayap dia payah nak bentuk dan masih perlu fine touch bila nak buat kaki supaya stabil.
DSC03010
Rasa nak buat second version.


Puas hati gila bila buat benda ni. Perlu jadikan projek mingguan.

At least ada bahan nak update blog.

IKLAN!
Kempen daripada World Wild Life – adopt a turtle. Mohon klik dan bantu. Especially mereka yang gaji ribu-ribu.