Origami: Penguin

Balik mesyuarat Jabatan Penerbitan & Penerangan, sempat luangkan sikit masa untuk cari origami baru. Kebetulan Tadashi Mori baru release tutorial.

Maka buatlah sekeping penguin, rekaan Fernando Gilgado.

Tertarik nak buat sebab ada seorang manusia, jalan macam penguin, selalu minta drama daripada saya. (Haha)
penguin-buruk
Buat guna lebihan kertas iklan, maka tak nampak beza warna.


Hari ini hari lahir Siti Nurhaliza Tarudin, living legend dari Malaysia, trending hashtag #HappyBirthdaySitiNurhaliza dekat Twitter.

Maka jalan-jalan terjumpa persembahan Biarlah Rahsia (remix instrumental tradisional Jepun) dan Koibito Yo (lagu asal oleh Mayumi Itsuwa) sempena Asean-Japan Music Festival, memperingati 40 tahun jalinan kerjasama Jepun dan negara-negara ASEAN. Menangis sebab Siti dari dulu sampai sekarang performance beliau memang power.

IKLAN!
Tips menjimatkan wang 2014 – makan kangkung.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain