How much is it?” tanya akak rambut blonde.

“Sa3atasyar wa nus,” jawab pakcik rambut kerinting sambil tangan ligat masukkan barang dalam plastik.
DSC03082
“How much is it again?” akak blonde tanya lagi sekali.

Dua-dua buat muka tak faham, macam ayam jumpa itik nak beli dedak buat makan malam.

“Nineteen and half,” bosan menunggu, saya tolong jawab. Pakcik kerinting senyum angkat tangan tunjuk simbol Like.

“Nineteen and half or nineteen pound and fifty piasters?”

Saya cuma senyum kelat. Sempat lagi akak blonde kenakan aku. Salah ke?

Akak blonde keluarkan LE20 dan serah pada pakcik kerinting.

“Malaysia right? Apa khabar?”

“Alhamdulillah, eh err good.” Damn, otak blank tak tahu nak jawab. Akak blonde angguk-angguk. Ucapan apa khabar rupanya sinonim dengan Malaysia di mana-mana.

“I’m from Mauritius.”

Akak blonde keluar kedai, pakcik dan makcik sembang Mauritius dekat mana.

“Yang pasti bukan dekat Sayeda,” Makcik Arab buat lawak.

Sepanjang balik rumah persoalan bermain-main dalam fikiran – bagaimana nak sebut LE19.50 dalam Bahasa Inggeris; nineteen pound and fifty piasters, atau nineteen point five pound, atau nineteen and half pound.

Tak lupa juga – orang tanya How are you nak jawab apa.

Sampai rumah buka buku Conversation English.

I’m fine, thank you.

IKLAN!
If you spend a lot of time on Facebook, Whatsapp or Instagram, this is for you. #NEVERTIMEOUT