Pulang Dari Raudhah

Rabu malam Khamis ada pengajian kelas tafaquh. Budak-budak kaki Islamis bagi nama program Raudhah. Kata mereka, majlis ilmu itu salah satu taman syurga. Taman syurgalah sangat; air masak pun tiada, inikan pula air telaga Kautsar.
raudhah-rabu
Balik dari kelas, jalan belakang akhawat. Macam biasa, akhawat-akhawat ini dinamakan pulang bermusyrif walaupun musyrif mereka nun di depan sana entah tahu atau tidak apa yang terjadi pada akhawat paling belakang.

Saya perasan dua akhawat paling belakang jalan terhegeh-hegeh melenggang macam itik, perlahan gila nak mati. Saya ubah pace langkah, stay ikut dari belakang, mana tahu ada plot twist yang menarik untuk jadi bahan.

Belok dari satu simpang, musyrif dengan kawanan akhawat depan sudah hilang dari pandangan.

“Menatang apa yang dua budak ni buat? Tudung labuh dengan purdah berat sangat agaknya jalan macam kenderaan berat ikut kiri.” Spontan penyakit schizo datang. Suara bisikan yang sudah pasti tidak pernah didengari kaki Islamis yang suci holy.

Lantas teringat nasihat ustat-ustat. Cuba sangka baik mereka ini bukan geng Mounira, rumah dekat-dekat sini agaknya. Sebab itu tak ikut musyrif tadi.

Pengajaran: Tak tahu sila tanya. Jangan buat andaian bukan-bukan.

Tiba-tiba akhawat purdah berpaling ke belakang, “Nak pergi Mounira ke?”

Angguk. “Jadi musyrif boleh?”

Angguk lagi walau suara tadi dah menyumpah gila-gila, “Jilaka betul jalan slow-slow pastu bila musyrif hilang suruh orang lain? Ini betul nak minta musyrif atau sebab aku duduk belakang jadi segan?”

Pengajaran: Tanya akhawat perlukan musyrif atau tidak. Jangan tunggu mengharap cinta yang tak kesampaian. Ego perempuan mahu lelaki datang pada mereka, baru rasa macam princess dari kayangan.

“OK sila,” saya suruh mereka jalan dulu. Musyrif dan kawanan akhawat depan makin menghilang di celah-celah bangunan stesen bas + metro Sayeda, sayup di depan sana. Zoom dengan camcorder di tangan belum tentu boleh nampak jelas.
akhawat-berlenggang
Beberapa ketika kemudian baru perasan akhawat tudung labuh seorang ini jalan terhincut-hincut. Budak purdah tadi temankan sambil sesekali pegang lengan. Kaki sakit rupanya, patut jalan sikit-sikit. Plot twist yang diharapkan sudah sampai.

Pengajaran: Selalulah bersangka baik. Nak hilangkan sangka buruk, terus tanya direct pihak terlibat.

Namun begitu, sisi gelap dalam diri tidak mudah menyerah kalah lalu sekali lagi membisikkan persoalan, “Dah tahu sakit tak mampu jalan laju kenapa tak bagitahu musyrif? Kan dah kena tinggal. Kalau aku tiada di belakang agaknya berdualah balik rumah.”

Mudah pasrah dan tidak ambil peduli kepentingan sistem musyrif, tidak ada pun tidak mengapa. Saya senyum sambil angguk seorang diri, memahami. Daripada menyusahkan akhawat lain kena ikut pace budak sakit, baik buat hal sendiri.

Pengajaran: Akhawat kalau ada masalah sepanjang perjalanan, sila bagitahu musyrif. Sakit kaki, bawa barang berat, letih, nak beli buah oren, dsb.

Musyrif dan kawanan akhawat depan dah lesap. Tengah sukaria sampai di rumah agaknya. Padahal akhawat belakang dua orang tengah terkedek-kedek kaki sakit lalu jalan gelap tiada siapa tahu.

Pengajaran: Musyrif kena ambil tahu tentang akhawat yang mereka bawa. Nama, tahun, adik-beradik, nombor telefon, tinggal di mana, siapa ahli beyt, masih single atau telah ditaqdim Bait Muslim. Jangan leka, beri perhatian pada sekeliling sepanjang perjalanan, mana tahu ada yang tertinggal, mabuk laut, atau kena culik.


Sampai rumah mereka, saya sambung perjalanan sambil senyum dan tanya suara tadi, “Apa yang ALLAH nak ajar malam ini wahai diri?”

Hakikat sistem Musyrif mesti dihapuskan.

MUST WATCH!
A beautiful video of Asian cultures across 5 different countries.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Pulang Dari Raudhah

    1. mild symptoms of schizoaffective disorder; auditory hallucination, cakap ada merapu-rapu sikit, episodic mania-depression
      kah3

Komen di sini, bukan di tempat lain