Safwan mengacau perlahan lauk terung yang dimasaknya. Api dikecilkan apabila melihat kuah menggelegak. Sedikit dikaut dengan senduk dan dirasa.

“Okay dah sedap gila aku masak.” Safwan senyum girang percubaan pertama menjadi.

Kemudian dia berlari ke depan, mengetuk pintu bilik sahabatnya. Sejurus kemudian pintu bilik dibuka.

“Hafiz, cuba kau rasa sedap atau tak.” Senduk dalam tangan dihulur.

Hafiz mencicip sedikit kuah dalam senduk. Mukanya berkerut.

“Kau masak apa?”

“Kari terung.” Safwan dah gelabah kalau-kalau salah resepi, jadi tak sedap. Bukannya dia tengok MyResepi.net, dia cuma pakai naluri master chef yang kuat dalam diri.

“Kalau kari kenapa manis?” Hafiz tanya lagi.

“Ini resepi Kelantan, memanglah manis.” Semua benda manis namanya resepi orang Kelantan. Orangnya manis ditambah masaknya pun manis. Diabetes kuasa dua.

“Okay, sedap.” Hafiz tak pelik sebab manis, dia cuma pelik sebab kari rasanya manis. Tak masin macam selalu dia makan.

“Jom makan. Ambil pinggan, nasi dah masak.”
pajeriterung
Dasar lelaki, semua benda dia bedal “kari”. Sebagaimana umum mengetahui “merah” bagi perempuan ada merah bata, merah jambu, merah hati, merah tua, merah muda, merah darah, merah daging, merah delima, merah saga, merah roket dan pelbagai jenis lagi merah yang semuanya disimpulkan oleh lelaki sebagai “merah”.

Maka wahai lelaki, kari yang berkuah lemak manis namanya pajeri. Bolehlah guna bila nak mengarah isteri nanti.

IKLAN
Kenapa drama Melayu sekarang cerita adik-beradik berebut perempuan yang sama?