Hari itu tukar USD dengan seorang manusia. USD 100 saya cuba jual EGP 750 namun ditolak.

“Mahalnya. Tukar dekat sorofah pun paling tinggi EGP 730.”
(*sorofah: money changer)

Tahukah anda? Jangan terlalu bergantung pada rate sorofah ataupun internet apabila melakukan transaksi dengan boyfriend, bestfriend, kenalan mahupun makhluk asing. Jika tidak anda mungkin ditipu dan mengalami kerugian.
DSC00002
Saya berikan satu contoh situasi.

Ali mempunyai USD manakala Abu memiliki EGP. Mereka ingin membuat transaksi antara satu sama lain.

Mereka berlegar-legar di sekitar sorofah Sayeda dan Manyal dan mendapati kadar berikut:

USD | Buy: 7.15 | Sell: 7.85

Maka kadar tukaran yang mereka persetujui adalah 7.2 dan Ali merasa gembira kerana berjaya menukar dengan kadar yang lebih tinggi. Dia merasa untung namun begitu Ali tidak menyedari bahawa dirinya telah mengalami kerugian dan ditipu.

Hakikat yang sedang berlaku adalah Ali membayar USD 100 untuk mendapatkan EGP 720 manakala Abu membayar EGP 720 untuk mendapat USD 100.

Sekiranya mereka menukar matawang di sorofah, Ali akan membayar USD 100 untuk mendapat EGP 715 manakala Abu membayar EGP 785 untuk mendapat USD 100. Maka dalam transaksi mereka tadi, Ali mungkin untung EGP 5 namun Abu telah untung EGP 65.

Kaedah terbaik apabila anda ingin menukar wang dengan boyfriend, bestfriend, kenalan mahupun makhluk asing adalah pertama sekali mesti mengintai pasaran semasa. Apabila mendapat kadar Buy dan Sell, dapatkan purata mereka dan gunakan kadar tersebut untuk melakukan transaksi.

Dalam kes Ali dan Abu tadi, purata Buy dan Sell adalah 7.5, Ali sepatutnya menerima EGP 750 daripada Abu. Masing-masing untung sama rata EGP 35.

Antara yang menggunakan kaedah mid-market ini adalah XE.com, namun begitu pengguna tetap dinasihatkan merayau-rayau di pasaran tempatan supaya kadar yang lebih tinggi boleh ditemui.

Selamat mencuba dan elakkan diri anda ditipu di Pasar Mesir, Pasar Sayeda, Pasar Malam mahupun Pasar Ramadan.

MESTI BELI JIKA ANDA SEORANG PENULIS!
e-Book 7 Langkah Penulisan Berpengaruh Cara Tun Dr Mahathir Mohamad