Sudah beberapa kali saya menerima soalan tentang bagaimana membina sebuah laman web untuk perpustakaan dan apa bentuk yang sesuai digunakan. Jawapannya bergantung pada apa fungsi yang anda mahukan. Mahu ruang pendaftaran? Reviu dan bintang? Ada fungsi penunjuk available atau dipinjam?

Secara umumnya sebuah blog sudah memadai. Blog sangat terbuka untuk diubahsuai menjadi apa sahaja yang anda mahukan.

Namun begitu, post ini saya akan ceritakan secara ringkas tentang sistem Online Public Access Library (OPAC) dan Integrated Library System (ILS).

APA ITU OPAC/ILS

OPAC merupakan katalog buku yang terdapat di perpustakaan dan dapat diakses secara atas talian. Sekiranya anda berkunjung ke perpustakaan awam Malaysia, boleh lihat sistem OPAC digunakan untuk memeriksa kedudukan buku, availability, dsb. Biasanya fungsi OPAC menjadi sebahagian daripada ILS.

Contoh ILS yang percuma untuk dicuba ialah Librarika. Sekiranya mempunyai hosting sendiri, boleh cuba EverGreen, KOHA atau NewGenLib. Boleh juga cuba plugin Scriblio sekiranya anda menggunakan WordPress. HA Library menggunakan OpenBiblio yang saya sudah lupa kenapa (haha).

Memandangkan OPAC hanyalah katalog, perisian eCommerce kadang-kadang boleh digunakan. Tukar setting kepada mod katalog dan sudah tentulah jangan letak harga (haha).

Senarai Integrated Library System yang lain

KELEBIHAN

Sekiranya OPAC hanya sebuah katalog, maka apa kelebihan menggunakan OPAC/ILS?
(Screenshot dari HA Library- OpenBiblio)

1. Sudah tentu fungsi carian buku yang terdapat di perpustakaan tersebut
opac-carian
2. Kemudian maklumat tentang buku tersebut. Termasuklah ISBN, harga, rupa kulit, dan call number.

Dalam screenshot ini saya letak nombor telefon sebagai call number tapi maksud sebenarnya adalah kedudukan buku tersebut di perpustakaan; rak mana tingkat berapa. Kalau biasa berkunjung ke perpustakaan pasti tahu tentang label pada tulang buku serta Dewey Decimal Classification.
opac-bibliography
3. Availability buku tersebut; sedia untuk dibaca atau telah dipinjam.
opac-availability
4. Fungsi umum ILS; pentadbiran perpustakaan tersebut.
openbiblio-general
5. Maklumat peminjam, buku yang dipinjam serta berapa hari lewat pemulangan.
openbiblio-members

KELEMAHAN

Kelemahan terbesar ILS/OPAC mungkin kerana rumit untuk digunakan pengguna baru dan memerlukan pengetahuan coding yang tinggi untuk diubahsuai. Namun begitu bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Satu lagi mungkin tiada fungsi reviu/blog. (inikan perpustakaan! haha)

Bagi saya kekurangan tersebut boleh diatasi, lagipun ILS berlainan mempunyai fungsi tersendiri yang berbeza antara satu sama lain. Biasalah ada lebih ada kurang.

KESIMPULAN

Memasang ILS memang sukar dan mengambil masa yang lama terutamanya sewaktu mahu memasukkan data tentang buku yang ada. Nasihat pertama sekiranya anda mahu menggunakan sistem ini ialah persediaan yang cukup dan komitmen yang berterusan. Boleh cuba Librarika terlebih dahulu untuk mendapat gambaran dan feel menggunakan ILS kemudian buatlah kesimpulan sendiri.

Akhir kata, membaca jambatan ilmu.

BACA JUGA
Bilakah perempuan nampak sangat cantik, lebih dari sekadar mekap