“Aku memang dah lama tak tengok drama Melayu sebab terlalu sampah.”

Dik, nak jadi haterz tegar kena tonton semua cerita Melayu. Kalau setakat boleh sebut nama cerita TV3 dengan ASTRO maka mohon buang komen sampah tersebut jauh-jauh.

Baru sahaja selesai menonton Lembayung Kasihmu yang ditayangkan di TV2 tahun lepas. Adaptasi novel karangan Ummu Wafa.
LKasihmu.E01B.KBergetar.snapshot_23.58
Cerita ini tentang seorang gadis bernama Maira yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Setelah diganggu bos besar di pejabat, dia berhenti kerja dan memohon menjadi pembantu rumah. Apatah lagi dia perlu membantu keluarganya yang susah. Pengalaman menjaga ayahnya yang lumpuh digunakan sebaiknya sewaktu menjadi pembantu rumah kerana Datin baru sahaja terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya terlantar di kerusi roda. Kehadiran Maira juga membuatkan keluarga tersebut mengalami perubahan sedikit demi sedikit ditambah dengan pelbagai konflik perasaan dan percintaan yang lain.
LKasihMu.E02.KBergetar.snapshot_23.52
Watak Maira bagi saya merupakan seorang superwoman. Pandai dalam pelajaran, pandai memasak, pandai mengurut, suka membaca, dan mempunyai kuasa magnet menarik lelaki. Abang sulung terpikat dengan Maira, adik pun dalam diam minat terhadap Maira. Sepupu yang baru pulang dari luar negara pun terpikat sewaktu pertemuan kali pertama. Anak pemandu Dato pun suka bersama Maira. Bercuti boleh terserempak kekasih lama. Pergi jauh ke Pulau Pinang melanjutkan pelajaran pun berjaya menawan hati crush kawannya sendiri. Tidak tahu minyak pengasih apa yang beliau guna.

Namun begitu, mempunyai kuasa luar biasa ada akibatnya. Beliau disahkan gila kerana bercinta dengan lelaki dalam mimpi sejak bertahun-tahun. Lelaki itu pula bukan calang-calang; sentiasa berjubah putih, mempunyai jambang dan memakai seluar paras buku lali mengikut sunnah. Betapa gilanya Maira terhadap lelaki tersebut hingga jatuh sakit hampir maut setelah lelaki itu membuat keputusan clash dengan Maira.

Gila kan? Jatuh sakit kerana menanggung rindu terhadap lelaki tidak wujud yang hadir dalam mimpi.
Lembayung-Kasihmu-#13-4th-August-2014.snapshot_17.50
Jodoh Maira dalam cerita ini bernama Fansuri, adik kepada Shamsuri. Beliau mulanya bencikan Maira tapi akhirnya jeles dengan kemesraan abangnya bersama Maira. Kriteria classic perangai tsundere. Setelah Maira berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran barulah dia meroyan rindukan Maira. Sahabat Maira menghadiahkan Fansuri novel tulisan Maira, supaya Fansuri tahu bagaimana lelaki yang Maira idamkan. Rupanya Maira turut menghidap sindrom Mary Sue dalam novel beliau kah3

Sindrom Mary Sue: Watak dalam novel merupakan bayangan hasrat apa yang penulis mahukan dalam hidup mereka, sama ada segi kecantikan, jodoh, harta, dsb.

Fansuri akhirnya berubah dan belajar di sekolah pondok selama beberapa tahun. Saya tidak tahu apa yang beliau makan di sekolah tersebut hingga jambang menjadi sungguh lebat, tapi yang penting beliau belajar banyak perkara tentang kehidupan, cinta dan jodoh perkahwinan.
Lembayung-Kasihmu-#13-4th-August-2014.snapshot_18.26
Fouziah Gous sebagai Maira tidak mengecewakan. Beliau mungkin berkahwin dengan lelaki kaya namun wajah beliau memang wajah budak kampung yang bekerja sebagai orang gaji – sangat realistik. Lihat sahaja sewaktu beliau menjadi pembantu rumah dalam Trilogi Cinta, pun perfect. Dalam satu temuramah beliau ada menyebut skrip cerita ini sebenarnya berat dan dipenuhi ‘ceramah’. Saya akui perkara tersebut dan bagi saya beliau berjaya menyampaikan ‘ceramah’ tersebut dengan gaya bersahaja.

Shah Jaszle saya kira memang gaya beliau jadi lelaki psiko, dan keseluruhannya prestasi beliau boleh diterima dalam cerita ini. Fazreen Rafi mungkin overshadow keheroan beliau kerana watak bapa penyayang Shamsuri sangat contrast dengan Fansuri, mudah disukai penonton. Selain daripada itu, lakonan Shah Jaszle tidak mengecewakan.
LKasihmu.E03.KBergetar.snapshot_07.22
Kelemahan cerita ini mungkin disebabkan konflik yang terlalu banyak. Mula-mula putus tunang kemudian ayah meninggal. Tiba-tiba jumpa keluarga mak yang terpisah. Rupa-rupanya selama ini chatting dengan peminat rahsia aka Fansuri. Jadinya terlalu banyak unsur kebetulan yang nampak seperti tangkap muat untuk mengikut babak dalam novel, kalau dibuang pun tidak mengapa. Apatah lagi khayalan lelaki sempurna Encik Perfect dalam mimpi Maira menambah lagi mual sewaktu menontonnya. Tapi memang itupun yang diingini perempuan kan?

Bagi saya kekuatan cerita ini pada watak Maira. Contohi ketabahan beliau dalam mengharungi cabaran hidup, bertimpa-timpa datang ujian tanpa pernah mengalah. Fahami perasaan beliau terhadap lelaki-lelaki di sekelilingnya yang sering datang menggoda. Rasai betapa kuat dan teguh cinta gila beliau terhadap lelaki dalam mimpi yang tidak wujud di alam nyata. Maira memang perempuan idaman lelaki dan juga perempuan sendiri.

Perlu tonton kerana Fouziah Gous memegang watak Maira. Jika tidak minat beliau maka boleh abaikan.

IKLAN
Simposium Mahasiswa Timur Tengah. Ada Mat Luthfi!