Peribahasa Melayu ada menyebut, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Saya percaya bahawa setiap perkataan mesti diikuti dengan perbuatan. Maka, setiap perkataan yang saya ucapkan, saya berani lakukan walaupun kedengaran seperti gurauan.

Maka ada beberapa perkara yang saya jarang jadikan gurauan (Tidak pernah mungkin agak melampau, saya cuma manusia biasa). Contohnya perkara-perkara lucah seperti, “Kurang ajar punya perempuan, aku rogol jugak kang.” Sebabnya saya memang takkan rogol perempuan tersebut.

Sewaktu azimA tanya “Kalau aku duduk dengan kau boleh?” saya berani jawab “Boleh” kerana saya tahu saya mampu lakukan. Walaupun ikhwah lain memang pelik bagaimana saya boleh tinggal serumah dengan perempuan.

Sama juga satu ketika sewaktu sedang exam, saya bergurau dengan sahabat lain, “Lama gila tunggu, rasa nak pengsan” lalu terus berguling atas lantai tengah orang ramai. Memang kerja gila tapi tak kisahlah, asalkan bahagia.

Satu lagi gurauan yang saya terus cantas adalah topik kahwin. “Kalau tiada jodoh dengan beliau, Hafiz sahajalah yang kahwin dengan saya.” Saya tahu nadanya bergurau tapi sukar untuk saya layan gurauan tersebut. Maka selalunya bicara tentang kahwin menjadi satu topik serius dengan mana-mana perempuan.
DSC03361
Kata-kata umpama pedang. Ia mungkin memberi harapan, atau menghapuskan peluang. Maka tolonglah jangan menghasut saya untuk bergurau perkara mengarut.

Prinsip saya mudah – kata-kata saya boleh dianggap gurauan atau serius. Kalau anggap gurauan, biarkan ia hilang bersama gelak ketawa. Kalau anggap serius, boleh tuntut selagi bernyawa.

p/s: muhasabah diri sendiri sempena “minta maaf terkasar bahasa tersilap bicara” tadi