Atas cadangan sahabat-sahabat kaki filem Melayu yang lain, maka saya meluangkan masa menonton filem ini di tengah kesibukan peperiksaan. Apatah lagi ada Fazura dan Lisa Surihani kyaaa ok abaikan.

Manisnya Cinta di Cappadocia merupakan adaptasi novel Anis Ayuni, diarahkan oleh Bernard Chauly. Rekod sentuhan beliau selalunya tidak mengecewakan, lihat sahaja Istanbul Aku Datang serta Gol & Gincu.
Manisnya.Cinta.Di.Cappadoccia.snapshot_00.09.25
Cerita ini tentang kisah cinta Ifti Liyana, banyak dialog dan monolog menceritakan falsafah cinta beliau. Setelah dikecewakan Fredo, beliau bertemu Nazmi yang sering mengekori beliau ke mana sahaja beliau pergi. Ifti kemudiannya pergi ke Turki atas tajaan Datin Nor Erma Fatima untuk mencari perabot dekorasi rumah Datin, tapi rupanya Nazmi turut mengekori Ifti ke sana. Mereka bersama-sama menyelesaikan tugasan Ifti dan akhirnya Nazmi melamar Ifti.

Apabila pulang ke Malaysia, Ifti ternampak ‘Nazmi’ bersama isteri dan seorang anak lalu dia pun merajuk dan menjauhkan diri daripada Nazmi. Biasalah, lelaki semuanya sama padahal perempuan yang tolol. Kesudahannya sudah tentu happy ending yang tidak perlu dispoilkan dalam post ini.

Filem ini merupakan adaptasi yang saya kira diolah sangat baik. Plotnya ringan, mudah dihadam, dan bercantum secara lancar tanpa sebarang gangguan. Konflik lamaran Bakhtiar tidak rasa terpaksa, cukup-cukup menambah rencah. Fredo juga tidak menyerabutkan dirinya merebut kembali Ifti maka saya kira keseluruhan cerita memang sangat bagus. Ditambah pula dengan sinematografi menarik dan babak khayalan Ifti menyerikan kemanisan cerita ini.
Manisnya.Cinta.Di.Cappadoccia.snapshot_00.25.37
Miss Fazura sangat excellent dalam filem ini. Beliau memang ramai haterz dalam isu personal life tapi tak dinafikan beliau sangat berbakat. Gandingan bersama Lisa Surihani sungguh real, seperti adik-beradik betul, sama cantik sama padan. Apatah lagi bila Raykarl panggil mereka berdua “Mama” seolah-olah pasangan lesbian sebenar.
Manisnya.Cinta.Di.Cappadoccia.snapshot_00.00.56
Shaheizy Sam pula memang stalker berjaya. Tengok muka dah tahu muka stalker. Dari Malaysia hingga ke Turki dia kejar Ifti Liyana. Perempuan di luar sana yang dikejar stalker dinasihatkan membuat laporan polis, takut-takut nanti keluar berita dalam Sinar Harian, “Dirogol Lelaki Baru Dikenali di Turki”. Jangan mudah terpengaruh dengan filem atau drama seperti ini.
Manisnya.Cinta.Di.Cappadoccia.snapshot_00.38.06
Turut mengujakan adalah barisan pelakon veteran yang mengisi ruang pelakon undangan. Babak Normah Damanhuri, Dian P Ramlee dan Aida Khalida sebagai makcik bersaudara yang busybody sangat mencuit hati. Faizal Hussein dan Eja tak perlu disebut lagi.

Tapi paling istimewa melihat Susan Lankester dan Mustapha Kamal di belakang tanpa sebarang skrip. Ini yang kita mahukan; artis hebat tidak kisah muncul memeriahkan filem walaupun nampak seperti tiada peranan. Artis baru jangan muncul-muncul terus nak jadi hero heroin, akhirnya hasil lakonan keras kejung tidak natural.
Manisnya.Cinta.Di.Cappadoccia.snapshot_00.11.07
Untuk akhirnya, saya ingin bagi nasihat kepada Nazmi; kalau nak cari perempuan yang tak materialistik, bawa dia duduk tepi sawah makan nasi lauk ikan kering kuah kicap. Kalau dia lari ke Turki, upah samseng rompak kamu berdua tinggal sehelai sepinggang. Kalau bawa dia naik belon harga ratusan dollar dan propose tepi gaung memang sah dia terima sebab teruja naik belon dan dilamar secara romantik tepi gaung.

Nak pikat perempuan tak materialistik sanggup susah senang bersama kenalah guna cara tanpa material dik. Setakat berlakon pemandu bas dengan pakai selekeh belum cukup. Tapi tak dinafikan perempuan yang tak kisah naik kereta buruk dan berkawan dengan lelaki rupa homeless memang baik ;)


Perlukah anda tonton filem ini?

Sekiranya anda ingin sesuatu yang sweet gula kapas maka silakan. Kalau mahu cuci mata tengok perempuan pun silakan. Tapi kalau mahu belajar memikat anak dara tak perlu bazirkan duit kerana penghujungnya anda pasti menangis disebabkan anda telah guna duit yang sepatutnya disimpan untuk belanja anak dara tersebut naik belon di Cappadocia.

PERINGATAN
Sekiranya anda mahu keluar minum atau menonton filem ini, jaga-jaga dengan kejutan yang disediakan