Mighty Morphin Power Rangers merupakan antara siri legenda bagi kami budak-budak 80-an. Kimberly merupakan cinta pertama kami, dan rata-rata menjadikan Jason sebagai hero pujaan. Maka sangat teruja apabila ada filem fanmade menampilkan karakter original Power Rangers dihasilkan.

Dalam filem ini, tema peperangan antara galaksi; bumi lawan makhluk asing masih diketengahkan. Namun begitu beberapa elemen ditukar serta satira filem Hollywood yang mengetengahkan mood gelap ditambah.
POWER_RANGERS.mp4_snapshot_07.24
Dalam usaha mencari Tommy, Rocky telah menangkap dan menyoal siasat Kimberly untuk mendedahkan di mana dia berada. Lalu cerita tentang kematian Rangers yang lain; Jason, Zack, Billy, dan Trini didedahkan satu persatu oleh Rocky serta menjadikan Tommy sebagai suspek utama. Namun pada akhirnya, Kimberly bukan ditangkap untuk disoal siasat tapi sebagai umpan supaya Tommy datang menyelamatkannya.

Filem ini menyaksikan banyak elemen diubah menjadikan lebih dewasa, dengan garapan cerita berbeza. Namun tetap menggamit memori nostalgia bagi peminat Mighty Morphin Power Rangers.

P13 – mengandungi bahasa kesat, keganasan, dan elemen lucah yang melampau. Bimbingan dewasa diperlukan untuk umur pediatrik.