Ada dua sebab kenapa Cik Puan Sinderella masuk dalam senarai tonton – Ummi Nazeera dan Eenaz Mokhtar.
cps-87765
Ummi Nazeera, tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi filem Penanggal, sebelum tampil berhijab. Apabila beliau berhijrah, ada sedikit kerisauan kerana kebiasaannya pelakon wanita berhijab kurang muncul di kaca TV sekaligus hampir membunuh bakat sedia ada. Keadaan ini bukan salah hijab, tapi sukar untuk mencari pengarah atau cerita yang betul-betul dapat menonjolkan bakat sesuai dengan penampilan seorang Muslimah bertudung. Maka kemunculan semula Ummi Nazeera sangat dinanti-nanti peminat industri perfileman tanah air.

Keterlibatan beliau dalam cerita Eenaz Mokhtar saya kira penyelesaian terhadap kerisauan tadi. Dikenali menerusi drama Matahari Terbit Lagi yang julung kalinya menggondol anugerah Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2014. Drama Istikharah Cinta beliau bersama teraju utama Amyra Rusli dan Cristina Suzanne pun tidak mengecewakan. Menampilkan gaya komedi santai bertemakan mesej kebaikan dalam dunia patuh syariat, Cik Puan Sinderella masih mengekalkan gaya tersebut.


Cik Puan Sinderella mengisahkan Puteri Afiana Natasya Yusof aka Fifi, yang hidup dalam kongkongan ibunya. Paranoid ibunya terhadap dunia luar takut merosakkan hidup anaknya. Kebebasan untuk Fifi hanya setelah Fifi kahwin, sebagai tanda dia melepaskan tanggungjawabnya kepada suami Fifi. Maka apa jadi bila Fifi yang tak pernah makan aiskrim dan burger, tidak mempunyai telefon bimbit dan tidak tahu apa itu Facebook, lari dari rumah? Dia bertemu Bone.
cps-24356
Premis cerita ini walaupun menggunakan nama Cinderella, sebenarnya lebih kepada Rapunzel. Cerita perempuan yang cuma memandang dunia luar dari tingkap jendela, akhirnya lari dari menara tinggi untuk bertemu jejaka kacak bernama Flynn.
CCrTDu-VAAAWPo8
Ummi Nazeera dalam cerita ini nampak seperti Sara (Nur Kasih) versi protagonis. Perangai gedik dalam watak lurus yang tak pernah lihat dunia luar. Aeril Zafril, Zarina Zainordin dan watak pembantu lain memang super. Terutamanya Nadia Aqilah dan Fitri Hiswady memang menjadi betul gaya mereka. Seolah-olah menonton moment kelakar daripada drama Jepun. Tak terasa exaggerated menjengkelkan macam drama Melayu biasa.
cps-6568
Keseluruhannya drama ini memang membuatkan penonton feel good, walaupun ending memang tipikal klise habis, boleh dijangka seawal masuk plot Fifi kena kahwin dengan pilihan mama. Pujian juga harus diberikan kepada usaha mengekalkan penampilan ‘menutup rambut’ dan aksi bersahaja yang tidak memerlukan sentuhan lelaki dan perempuan.
CCrWA9kUkAALLei
Bagi peminat drama Melayu, sila masukkan cerita ini dalam senarai tontonan anda.

TONTON CIK PUAN SINDERELLA
Youtube