Bravo, Bravo Lima

Bagi mereka yang pernah menonton Qadr, mungkin terasa persamaan mereka. Sebuah cerita yang dalamnya ada banyak cerita.

Filem patriotik Bravo Lima ini mengisahkan lima komando Regimen Gerak Khas yang ditugaskan mengesan gerila komunis di dalam hutan. Setelah berjaya membebaskan tawanan dan mengebom markas komunis, mereka bertemu musuh berkali-kali sewaktu berundur. Radio yang rosak memburukkan keadaan sebelum akhirnya diperangkap sewaktu di sebuah kampung. Dipetik daripada kisah benar, filem ini cuba membawa penonton mengenali lima komando tersebut dan merasai pengorbanan mereka demi memenuhi tanggungjawab kepada tanah air.

Terlalu cool untuk digambarkan dengan kata-kata
Terlalu cool untuk digambarkan dengan kata-kata

Komunis gengster kampung
Komunis gengster kampung

Bravo Lima adalah satu percubaan berani. Filem perang boleh dikatakan bukan mainstream filem Malaysia walaupun genre aksi (gengster) berlambak di pasaran. Ditambah lagi dengan pandangan strereotaip filem Melayu dan reputasi buruk karya yang memaparkan anggota keselamatan negara. (For God sake, Gerak Khas perlukan villain daripada kalangan menteri serta pegawai tertinggi Polis DiRaja Malaysia sendiri!)

Namun begitu, Bravo Lima tampil memecah tadisi dan cuba memenuhi keinginan peminat yang mahukan kelainan. Kerjasama Angkatan Tentera Malaysia menambah lagi rencah, menyebabkan filem ini menjadi tumpuan peminat military Malaysia.

Kenapa tiada shot Go-pro?
Kenapa tiada shot GoPro first-person view?

Jujurnya Bravo Lima bukan makanan untuk mereka yang laparkan aksi. Pergerakan komando secara stealth yang perlahan gagal disempurnakan supaya tidak nampak bosan. Duel Sofi Jikan dan Beto Kusyairy juga sekejap dan tidak klimaks. Efek tidak perlu diceritakan, memang hancur. Letupan nampak kelakar, darah terlalu fake, serta penggunaan efek komputer yang teruk tambah lagi apabila dimasukkan secara paksa.

Kenapa mesti darah memancut sedemikian?
Kenapa mesti darah memancut sedemikian?

Apabila ditembak badan anda akan mengeluarkan cahaya, harap maklum.
Apabila ditembak badan anda akan mengeluarkan cahaya, harap maklum.

Terlalu kartun untuk ditonton
Terlalu kartun untuk ditonton

Peluru yang hilang
Peluru yang hilang

Satu lagi kelemahan Bravo Lima mungkin disebabkan hero tidak banyak masa on-screen menjadikan Sofi Jikan seolah-olah hero sebenar cerita ini. Sudut pandang yang terlalu mencapah menyebabkan karakter tidak berkembang. Lebih baik sekiranya fokus pada satu atau dua karakter walaupun cerita ini tentang lima. Siapa sebenarnya Karim? Kenapa asalnya beliau dikurung? Banyak persoalan yang menimbulkan tanda tanya.

Kids, berapa kali nak pesan jangan sesekali buka pintu rumah jika didatangi manusia tidak dikenali
Kids, berapa kali nak pesan jangan sesekali buka pintu rumah jika didatangi manusia tidak dikenali

Namun begitu, Bravo Lima berjaya dalam flashback kehidupan dan sesetengah babak yang membuatkan penonton rasa wow! Siapa sangka lagu Negaraku mampu membuat anda mengalirkan air mata? Menyanyikan lagu kebangsaan mungkin tidak sama lagi selepas ini.

Filem ini mesti ditonton kerana kekuatan idea dan jalan cerita walaupun persembahan yang kurang memuaskan. Tidak puas dengan durasi tayangan.

Definisi tanah tumpahnya darahku dalam lagu Negaraku
Definisi tanah tumpahnya darahku dalam lagu Negaraku

Siti Saleha dirogol lagi nampaknya
Siti Saleha dirogol lagi nampaknya

Tidak lupa juga barisan pelakon yang memang super dalam menghidupkan watak masing-masing. Beto Kusyairy mengekalkan reputasi beliau sebagai pelakon out-of-box yang selalunya berlakon cerita lain daripada yang lain. Setelah memenangi Pelakon Lelaki Komedi Terbaik Anugerah Lawak Warna menerusi filem Gila Baby, Beto membuktikan beliau memang stuntman Malaysia menerusi filem aksi seperti ini. Remy Ishak pula bukan nama yang asing setelah kejayaan dalam berpuluh-puluh karya romantik sebelum ini. Kameo veteran juga satu kepuasan; Nadiah Damanhuri, Kuswadinata, dan Idris Md Diah sangat cemerlang manakala Siti Saleha dan Tasha Shilla merupakan penyejuk mata penonton.
Bravo.5.2015.HDTV.720p.x264.AC3-LTTi.mkv_snapshot-veterans
Filem ini juga membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya mampu menghasilkan karya seperti ini. Lebih banyak usaha dan percubaan perlu dilakukan untuk mengesan sekaligus memperbaiki kelemahan, dan Bravo Lima adalah titik mula yang baik untuk pembikin filem belajar sesuatu.

Bravo, Bravo Lima.

Memperingati empat rakan yang terkorban
Memperingati empat rakan yang terkorban

LINK BERKAITAN
Trailer Bravo Lima
Download Bravo Lima

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain