Tag archives for islam

Nampaknya untuk Anniversary Girls' Generation yang Kelima Ogos ini, Soshified Malaysia telah mengumumkan projek Honorary Donation For Girls' Generation 5th Anniversary, kutipan derma bermula hari ini.
Ini perkara biasa, malah Soshified International sendiri pernah mengadakan Charity Event yang sama waktu Anniversary Ketiga dulu. Kalau tak silap ada juga projek Charity Well untuk membekalkan air bersih kepada negara miskin.
Cuma kali ini kita kurang berkenan kerana Adventist Development and Relief Agency (ADRA) ditubuhkan oleh pihak gereja (Kristian). Maka selaku orang Islam kurang berkenan ...

'terlalu cair melihat vid ni. tak sesuai untuk tayangan umum.' -Anon01
'bahaya jugak kalo ikhwah tengok ni' -Anon02
'chup yang kiri tak pakai purdah' -Anon03
'comel kan? comel kan?' -Anon03
'ala..nape xnk ltak name2 yg terlibat... kan da payah nak takdim' -Anon04
'subhanallah, cantiknya akhawat ni.' -Anon03
Komen di atas adalah rentetan daripada penyiaran video promosi terbaru sempena program ADINDA 2011 - program mega pertama saya rasa, hanya melibatkan akhawat. Ditambah pula dengan suasana Mesir yang sedikit konservatif, video ini pastinya mengundang sedikit kontroversi.
Kebanyakan komen tersebut ...

Saya tidak tahu hendak dibuat tajuk apa. Tapi persoalan ini telah membelenggu saya sekian lama, dan setelah dihimpun-himpun barulah saya berselera untuk membuat satu entry. Persoalannya:
Kenapa Mesti Wujud Perkataan Islam, Barulah Ramai Orang Berminat Pada Benda Tersebut?
Situasi Satu: Persatuan, Pertubuhan, dan Parti.
Saya hairan kenapa mesti wujud nama 'Islam' pada persatuan, pertubuhan atau parti. Lebih menghairankan, kebiasaannya pertubuhan yang mempunyai perkataan 'Islam' ini lebih mudah mendapat sokongan serta penglibatan daripada ahli.
Biasanya pertubuhan yang mempunyai nama 'Islam' ini lebih mudah mendapat pengikut. ...