Cuma kekurangannya adalah harganya tetap, tidak boleh tawar-menawar dan mungkin anda akan terlepas barangan percuma yang ditawarkan di kedai-kedai. Kelebihannya, anda tahu harganya tetap dan tidak mungkin berbelanja lebih. Kedua, barangan yang diterima semestinya original Genuine dari Sony. XD
Bungkusan yang diterima mengandungi kotak Sony Camcorder HDR-XR550E dan tambahan bateri NP-FV70 yang saya anggap percuma kerana bil menunjukkan harga RM0. Huruf E di belakang nama model menandakan format video PAL.
Maka, apakah yang terkandung di dalam kotak tersebut?
- AC Adaptor + Power Cord
- NP-FV50 Battery
- USB Cable
- AV Connecting Cable
- Component AV Cable
- Remote Controller
- Guide Book + CD
Yang paling penting, sudah tentu Camcorder:
240GB Hard-Disk Drive membolehkan rakaman selama lebih kurang 23 jam menggunakan kualiti tertinggi FullHD 1920×1080, 24Mbps dengan format AVCHD + 5.1 Dolby Surround. Tapi, sudah tentu kita tidak akan menggunakan kualiti tertinggi dalam rakaman biasa. Maka, masa rakaman pasti akan bertambah.
Sentuhan pertama sewaktu ingin mengecas bateri yang dibekalkan semalam sungguh mengujakan. Skrin LCD 3.5 inci 921k pixel menunjukkan gambar yang besar dan jelas, terutamanya ketika video playback. Gegaran yang dihasilkan sewaktu berjalan sangat kurang, terima kasih kepada Sony G Lens dan ‘Active’ Steadyshot Optical Image Stabilization. Tambahan pula saya mencuba camcorder tersebut sewaktu tengah malam dan hanya terdapat pencahayaan dari dapur namun kualiti gambar yang dihasilkan sangat baik. Backside-illuminated Exmor R CMOS sensor ternyata tidak mengecewakan.
Satu lagi fungsi yang saya gemari adalah Manual Dial di bahagian depan, membolehkan kita merakam sambil mengubah setting secara manual dengan mudah. Antaranya Exposure, Focus, Shutter Speed dan White Balance.
Beberapa review yang diterima menyatakan kekecewaan terhadap Menu yang terlalu serabut, namun saya tidak merasakan ianya satu masalah kerana terdapat pilihan My Menu yang berfungsi seperti Bookmark untuk Setting yang biasa kita gunakan. Manual Dial juga telah menyebabkan Menu kurang digunakan ketika rakaman.
Kebimbangan saya cuma pada format rakaman iaitu AVCHD. Format ini sukar untuk diedit dan tidak banyak software yang menyokong format ini. Percubaan saya mengedit format AVCHD dari camcorder orang lain sangat sukar disebabkan framerate video tidak selari dengan bunyi menyebabkan video menjadi slow-motion walaupun bunyi adalah normal.
Apa pun, ini hanya pandangan pertama First Impression saya terhadap Sony HDR-XR550 setelah mencuba selama setengah jam. Mungkin setelah menggunakannya dalam event yang sebenar, barulah prestasinya dapat diukur. Maka majlis Otai nanti bakal menjadi tempat ujian. XD
Sebelum itu, saya perlu memahirkan diri dengan Setting dan Menu serta gaya pegangan terlebih dahulu. Serta mencari aksesori yang sesuai untuk digunakan. =P
Untuk bacaan lanjut mengenai Camcorder ini, sila klik link-link di bawah:
Sony Malaysia – HDR-XR550
Final Battle; Sony HDR-XR550 vs Panasonic HDC-HS700
Sony Camcorder Gets Wide-angle
HDR-CX550 Review (Sister model menggunakan Flash Memory)
Sony reveals new HD and SD Handycams 2010