Tips Video dalam Kategori Tech


Tiba-tiba saya merasakan bahawa sesi kali ini adalah sesi keaktifan mediaPERUBATAN. Jabatan Berita dengan berita yang panas yang provokasi. Jabatan Audiovisual juga saya lihat semakin menampakkan diri mereka sebagai sebuah Jabatan yang bergerak. Maka saya membuat keputusan untuk menerima Usul Jackster supaya membuat tutorial video.

Tapi saya takkan buat Tutorial. Tutorial boleh didapati dengan banyaknya melalui Google dan Youtube. Saya cuma akan buat Tips untuk pembuat video, dan merangkumi ciri-ciri berikut:

  1. Menggunakan Sony Vegas Pro. Bukan software lain.
  2. Saya akan cover mostly bagaimana menghasilkan video berkaitan PERUBATAN, tapi saya cuba generalkan supaya dapat diadaptasikan untuk pembikinan video lain.
  3. Dimension HD: 1280×720 dan Widescreen 16:9. Saya tahu sesetengah komputer tidak mampu menghasilkan video HD, tapi saya akan masukkan nota tambahan untuk video bersaiz SD dan 4:3.

Beza Tips dan Tutorial adalah; Tips akan memberi panduan membuat sesuatu dengan lebih baik daripada kebiasaan. Saya merasakan ini satu keperluan untuk meningkatkan lagi kualiti video mediaPERUBATAN. Maka, seeloknya anda yang membaca telah mempunyai asas dalam video-making. Juga, saya mengharapkan komen membina supaya kita sama-sama belajar.

Berikut adalah topik yang saya fikirkan. Sekiranya ada topik yang anda ingin saya terangkan, sila komen dan saya akan cuba kalau mampu/tahu.

  1. Properties Setting
  2. Render Setting
  3. Watermark
  4. Video Dimension

Sekian makluman awal.

Juga sukacita dimaklumkan bahawa akaun YouTube mediaPERUBATAN kini boleh upload lebih daripada 15 minit. Maka saya menggalakkan mana-mana ahli untuk menghasilkan filem (pendek atau panjang) bersama mediaPERUBATAN sebagai platform. mediaPERUBATAN bukan sendirian berhad, ia adalah syarikat bersama yang ditubuhkan untuk ahli PERUBATAN. Maka, jom manfaatkan platform yang ada untuk kebaikan bersama.

Terima kasih.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain