Bosan-bosan, terjumpa sesuatu yang menarik di Wall Facebook kak Ami Farhani.
Panduan ini sesuai digunakan oleh kaki judi nombor ekor wedding planner dan mereka-mereka yang merasakan ingin mengabadikan kenangan pada tarikh istimewa.
1/1/11 – (1 Januari 2011)
11/1/11 – (11 Januari 2011)
1/11/11 – (1 November 2011)
11/11/11 – (11 November 2011)
20/11/2011 – (20 November 2011)
21/12/11 – (21 Disember 2011)
Anda boleh menggunakan formula
1/1/11 : Akad nikah
11/1/11 : Majlis Walimah
1/11/11 atau 11/11/11 : Bersalin anak Pertama
12/12/12 : Bersalin anak Kedua
Atau
1/1/11 : Melamar
11/1/11 : Bertunang
1/11/11 : Akad nikah dan Majlis Walimah belah Perempuan
11/11/11 : Majlis Walimah belah Lelaki
12/12/12 : Bersalin
Kemudian bolehlah jadikan hantaran dengan nombor 1,1,1 dan 1 serta 1 lagi argh banyaknya nombor 1! (Oh kalau hanya RM1 alangkah bahagianya lelaki itu~)
Siapa kata hanya tarikh perkahwinan dan jumlah wang hantaran boleh dirancang?
Dengan kemajuan teknologi perubatan, segalanya mungkin. Temui pakar sakit puan untuk khidmat nasihat “Bagaimanakah saya boleh melahirkan anak pada tarikh sekian-sekian.” Dengan pengetahuan menentukan waktu ovulasi serta kaedah pembedahan caesarean, anda boleh cuba melakukan perkara pelik ini XD
Dengan ini anda telah berjaya mengagumkan orang ramai termasuklah Pegawai Pendaftar Nikah serta Jabatan Pendaftaran Negara. Mungkin 10 tahun akan datang, guru-guru anak anda pula akan merasa kagum lantas memberikan lebih perhatian kepada anak anda.
Kita hanya mampu merancang. Allah penentu segalanya, maka jangan lupa banyakkan berdoa. Selamat mencuba dan Selamat Tahun Baru 2011~
Nota untuk tahun baru
1. Entry ini dijadualkan publish pada pukul 1:11, 1/1/11. :P
2. PERUBATANonline v3.11 RC1 bakal dilancarkan petang ini. Struktur asas dah siap, cuma selepas ini mungkin ditambah secara perlahan-lahan. Pastikan anda melayari PERUBATANonline v3.11 RC1 untuk melihat apakah pembaharuan yang kami (Jabatan Pentadbiran PO) bawakan sempena 2011. =)
3. Ade sape2 sudah order Kalendar Meja 2011 SNSD? Argh ruginya tak berada di Malaysia!
4. Takpelah, kalau takde Kalendar Meja SNSD sekalipun, kita tunggu Planner 2011 PERUBATAN je. eh, ade ke? o.0
5. Sila stadi Volume 2 Mikrob mulai hari ini minima 1 jam sehari dan belajarlah pergi ke kelas bergaul dengan adik-adik yang comel. XD
“bergaul dengan adik-adik yang comel. ‘”
sape adik2 tu? ke gune kaedah generalized spy sepecifik org akan terasa?
(pjg2 ko tulis, ak komen part terakhir je… hehe)
LIKE
Tahniah dinmat!
terbaik! ;p