“terlalu cair melihat vid ni. tak sesuai untuk tayangan umum.” -Anon01
“bahaya jugak kalo ikhwah tengok ni” -Anon02
“chup yang kiri tak pakai purdah” -Anon03
“comel kan? comel kan?” -Anon03
“ala..nape xnk ltak name2 yg terlibat… kan da payah nak takdim” -Anon04
“subhanallah, cantiknya akhawat ni.” -Anon03
Komen di atas adalah rentetan daripada penyiaran video promosi terbaru sempena program ADINDA 2011 – program mega pertama saya rasa, hanya melibatkan akhawat. Ditambah pula dengan suasana Mesir yang sedikit konservatif, video ini pastinya mengundang sedikit kontroversi.
Kebanyakan komen tersebut adalah komen sarkastik daripada ikhwah hasil luka yang masih berdarah sejak Tragedi April dahulu lantaran akhawat yang terlalu paranoid, namun begitu kewujudan komen tersebut sedikit sebanyak menjadi perhatian pihak atasan yang teliti.
Ia juga menyebabkan saya kembali meneliti persoalan yang pernah saya fikirkan dulu – wujudkah bidang penyiaran dalam Islam? Penyiaran di sini tidak bererti pengacaraan semata-mata, tapi segala bentuk siaran yang anda boleh lihat di kaca TV – hos, MC, pengacara, penceramah, wartawan, penyanyi, dsb.
Tapi kali ini saya spesifikkan satu penyebabnya – perempuan.
Ditambah pula dengan kontroversi Ustazah Pilihan (Astro Oasis) dan Solehah (TV Alhijrah), menambah kerancakan persoalan ini. Apabila Ustazah Pilihan dan Solehah menerima respon negatif terhadap unsur-unsur tabarruj dan aspek mempergunakan perempuan untuk mencari populariti siaran (ya lah, kalau nak cari ustazah tak perlu siarkan pun boleh kan?), video seperti ini turut mengundang respon negatif yang sama walaupun simple.
Mungkinkah perempuan memang bukan bidang mereka dalam penyiaran Islam?
Jika YA, penyiaran memang bukan bidang mereka
Maka ke mana perginya slogan “Perempuan perlu berada di depan, bukan sekadar sokongan”? Di mana pula letaknya slogan “Perempuan perlu jadi sayap kiri, sama-sama menggerakkan perjuangan”?
Ataupun sebenarnya bidang penyiaran bukan sebahagian daripada perjuangan Islam? Bidang penyiaran yang menampilkan perempuan sebagai model atau tumpuan utama bukan sebahagian daripada Islam yang menitik beratkan penjagaan pandangan dan hati?
Jika TIDAK, penyiaran juga bidang mereka
Maka bagaimanakah guideline atau panduan yang perlu dibentuk agar tidak mengundang fitnah serta respon negatif? Sedangkan jika perempuan hanya berada di depan kamera duduk membaca buku pun boleh menerima respon “SubhanAllah, indahnya ciptaan Allah” yang diterjemahkan sebagai negatif – fitnah, merosakkan hati dan tidak menjaga pandangan?
Ataupun teknik air-kotak-dan-tedi-bear-sebagai-jasad manakala perempuan cuma sebagai voice-over serta penggunaan teknik rakaman dari belakang perempuan itu sudah cukup? Adakah tercapai matlamat dan penyampaian siaran tersebut? Ataupun perempuan hanya berada dalam penyiaran radio yang tidak menampakkan tuan punya badan?
Ikon-ikon penyiaran seperti Wardina Safiyyah (Malaysia Hari Ini) dan Ustazah Siti Nor Bahyah (Semanis Kurma) – apakah yang menyebabkan mereka berkecimpung dalam bidang ini adalah satu persoalan yang perlu ditanya sekiranya anda bertemu mereka.
Bagi mereka yang berminat dalam bidang ini pula, persoalan yang perlu anda jawab adalah bagaimana membezakan antara respon positif dan negatif, dan bagaimana menangani respon tersebut. (Respon Ustazah Siti Nor Bahyah ini adalah sesuatu yang menarik untuk dipelajari)
Serta adakah anda berada di landasan perjuangan Islam yang betul sekiranya terlibat dalam bidang ini?
“From the good side, video ini bagus. Tak nampak masalah pun kalau video ni dibuat & dibintangi oleh akhawat. Akhawat itu pula menutup aurat dengan sempurna. Secara tidak langsung, ia mempromosi imej pemakaian Islam di situ.” –mukhlisme911
IKLAN!
Anda suka minum 100Plus? Baca kebenaran tentang minuman ini di sini.
Hmm, perempuan pun boleh masuk bidang penyiaran. Itu pendapatan saya.
terima kasih atas pandangan anda :)
dapat sorang penyokong.
Saya fikir setiap program agama yang bersifat komersial, khususnya disiarkan di TV akan mendapat komen negatif. Masih ingatkah kita apabila Imam Muda mendapat liputan media antarabangsa, ada suara-suara sumbang yang mengatakan program ini melahirkan agamawan yang gila glamour.
Maka terperosoklah sang ustaz dan ustazah berceramah dan bertazkirah di surau dan masjid semata-mata.
Pada hemat saya, perkara yang baik perlu disokong terlebih dahulu. Mana-mana kekurangan dan kecacatan pelaksanaannya nanti boleh ditegur secara baik dan dibaiki.
bukan setakat program agama di tv sahaja, malah vlogger seperti matluthfi turut menerima kesan yang sama – mencari publisiti. hakikatnya, industri penyiaran adalah industri yang mementingkan populariti. soalnya adakah kepopularitian itu berlandaskan Islam atau tidak. :)
Lelaki memang selalu mencari kelemahan perempuan.
Buktinya, segala jenis tudung mahu dihukum. Islam yang mudah jadi susah.
Inilah namanya berlaku penindasan wanita dalam Islam.
dan seperti komen-komen para lelaki di ataslah yang menyebabkan perempuan semakin jauh dengan Islam. (asyik ditegur perkara yang kecil dengan menyakitkan hati)
Lelaki, cubalah sensitif sedikit?
terima kasih atas teguran tersebut :)
kontroversi x kan ke mana. program tetap berjalan.
kontroversi telah diterima menjadi salah satu ciri-ciri penting untuk promosi zaman ini.
yang terpenting, guidelines yang diberikan oleh Islam dipenuhi dan tidak dilanggar.
haha kontroversi adalah satu teknik dalam promosi, mungkin perlu dipraktikkan pada masa akan datang – AJK program sendiri yg menimbulkan kontroversi :P
obviously u know my answer
ape? tak pernah bagitau pun…
:(
Saya yang khilaf dan kurang ilmu ni cuma nak suarakan barang satu pandangan, saya sangat bersetuju kalau islam dipromosikan dalam bidang penyiaran oleh para muslimat, ia salah satu cabang dakwah. Tapi saya tak bersetuju kalau matlamat mempromosi tu sampai mengorbankan ikhtilat antara laki dn perempuan. Bukan semua orang boleh berhubung bebas dengan muslimat kerana perempuan yang berpenampilan muslimat itu mahal dan tinggi pada martabatnya.