Syafaat

Oh rupanya bulan Julai ini tidak banyak menulis. Ini entry terakhir sebelum puasa, mungkin.

Malaysia tewas kepada Singapura. Orang kata Singapura menang dengan tidak bermaruah. Banyak drama. Buang masa. Tapi sebenarnya, yang penting Singapura tetap menang. Kita yang kalah hanya mampu bising-bising dalam Facebook dan blog.

Dulu-dulu apabila keputusan peperiksaan keluar, adalah yang dapat B 78 markah, C 59 markah. (Sistem pemarkahan ini sudah tidak digunakan lagi kot). Kemudian mulalah kami semua yang pada ketika itu masih kanak-kanak membuat muka comel merayu cikgu menambah markah supaya gred naik. Yang penting dapat A.

Result peperiksaan akhir tahun tiga telah diumumkan. Maqbul dengan Syafaat 6 markah. (Terjemahannya: Lulus dengan bantuan markah tambahan sebanyak 6). Tak kisahlah walaupun dibantu, asalkan naik tahun. Maknanya Alhamdulillah doa rakan-rakan itu makbul. Doa saya yang banyak dosa ini cuma hanyut dibawa angin.

Yang penting menang. Yang penting naik tahun. Yang penting masuk Syurga. Harap-harap di padang Mahsyar nanti pun kita semua dapat Syafaat. Bantuan untuk masuk Syurga.

Tahun ini bakal merindui Peperiksaan Dur Tani. Sebab sudah 3 tahun saya kena Dur Tani. Tambahan lagi, waktu peperiksaan adalah waktu saya menyedari saya adalah seorang pelajar perubatan.

Ramadhan sudah hampir. Cuti sudah di pertengahan.

Bakal merakam sebuah lakonan cuti ini. Tidak berpengalaman merakam lakonan. Perlu study dan bertanya mereka yang lebih berpengalaman. Doakan segalanya lancar.

:)

IKLAN!
Pahlawan di Zaman Kesultanan Melaka dipanggil Hang Tuah, Fotografer pada abad ke-21 dipanggil Hang Foto.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on “Syafaat

Komen di sini, bukan di tempat lain