The Chosen One

Tahun ini kurang melibatkan diri dalam Program Sambutan Pelajar Baru (AHLAN ’11)), sebab jadual harian agak penuh dan terasa agak padat. 10-13 September, ada program di Universiti Kaherah – Challenge the Habits. Ditambah dengan editing video JAKSI, tontonan cerita Melayu menjelang jam 3 petang, cerita Cina setiap jam 6 petang dan cerita Korea pukul 9 malam, menambah kesempitan waktu haha.

Maklumlah saya sudah tua, tiada stamina seperti dulu; boleh berlari ke sana ke mari 24 jam tanpa henti kemudian bersengkang mata sampai esok hari dan meneruskan larian ke situ ke sini selama 24 jam lagi :P

Tapi kurang-kurang melibatkan pun masih lagi perlu menyiapkan 2 video untuk AHLAN ’11 – video JAKSI dan Pengenalan PERUBATAN. Nasib baik ia hanya untuk tayangan kanak-kanak baru maka saya boleh menggunakan bahan lama lantas menjimatkan masa.

Secara umumnya program kali ini masih lagi hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya; dari modul LDK, konsep program dan slot ceramah. Cuma tahun ini banyak slot-slot yang berkonsepkan 2 hala; banyak LDK, tiada forum, dan Talk hanya pada perkara asas. Satu perubahan yang nice. Turut disokong Tuan Presiden.

Saya tertarik dengan modul The Chosen One yang dijalankan pada hari ketiga. Orang kata aktiviti hari pertama tidak kurang hebatnya tapi saya kemalasan ingin pergi kerana hanya perlu menghantar video Pengenalan PERUBATAN pada hari kedua. Hik3.

Kalau mengikut tahun-tahun lepas, waktu ini biasanya diadakan debat. Tapi sepanjang 2-3 tahun ini, secara peribadi bagi saya slot ini gagal mencapai matlamat kerana peserta lebih banyak bermain ayat daripada mengemukakan idea, ditambah pula dengan kegagalan fasilitator memandu peserta ke arah matlamat tersebut. Ataupun mungkin tajuk debat tersebut terlalu berat untuk dihadam, haha.

Modul The Chosen One ini bagi saya sangat nice. Sebab kita ada banyak modul akademik, modul tanggungjawab, modul politik persatuan; modul-modul yang menambah tekanan dan pressure. Tapi modul ini bagi saya adalah modul kejiwaan, modul ukhwah yang lebih serius. Dengan style serious pressure yang tipikal, bagi saya modul ini boleh menolak ke hadapan ‘inner feeling‘ dalam diri peserta ke satu tahap yang lebih tinggi. Tidak lagi hanya sekadar taaruf-taaruf tanya nama ibu nama ayah, bila ingin kahwin, atau sekadar nyanyi bersama-sama sambil berpegangan tangan. Sebab hanya dalam pressure manusia akan menunjukkan warna sebenar mereka.

Walaupun bagi saya ayat ‘kerana berseorangan itu sakit’ sangat Korea. Adakah anti-Korea akan muntah jika berada di sana semalam, saya pun tidak tahu. Yang pasti ayat tersebut sangat meruntun jiwa.

Cuma, kalau fasilitator lebih menghayati modul ini mesti lagi menarik; satu lagi kegagalan fasilitator iaitu ‘berlakon’ untuk mencapai mood modul tanpa kefahaman yang jelas terhadap matlamat. Boleh pula Copuk melarikan diri ke belakang kerana ingin tergelak dengan style serious pressure T__T

Tahun ini Nazrin Marzuki tidak sebrutal Engku Fahmi pada tahun lepas. Adakah AJKP sudah insaf dengan kekejaman Ketua Disiplin & Protokol lalu menerapkan sedikit kelembutan pada kali ini? Haha. Juga sedikit kecacatan dalam protokol majlis, nasib baik Pengarah EME tiada kalau tidak tentu terbakar kena bambu :P

p/s: video Pembukaan dan Penutup pun sama dengan video tahun-tahun lepas termasuklah trademark snippet di hujung video tersebut, apakah yang berlaku? bukan saya yang buat T___T

p/s2: saya malas bercerita detail tentang apakah itu modul The Chosen One serta apakah itu video JAKSI. siapa suruh tak join PSMB? hahaha *gelak keji*

IKLAN!
Life-changing module with Digi Youth!

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “The Chosen One

Komen di sini, bukan di tempat lain