Ketentuan Itu Pasti

Belek-belek laman Facebook Zahiril Adzim, ternampak poster telefilem ini. Terus cari trailer promo di Youtube. Jumpa.

Awal-awal lagi penonton dihidangkan dengan alunan ayat suci al-Quran daripada khatib solat Jumaat – al-Hujurat:12 – disusuli dengan babak mengumpat yang begitu ironi dengan ceramah khatib tersebut.

Just… Speechless.
qadr-scene-awal
Membaca senarai nama pada poster sahaja sudah cukup mengujakan; Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, dan pengarah Faisal Ishak. Boleh jangka cerita ini memang ada kelainan. Turut serta Shera Ayob, Zain Hamid, Kismah Johar, Puteri Chichi dan ramai lagi. (Baby Nadi Anaqi pun ada, satu family Zahiril bawa masuk berlakon haha)
qadr-poster
Qadr mengumpulkan beberapa kisah kehidupan yang dilalui mangsa-mangsa dalam sebuah kemalangan lebuh raya membabitkan sebuah kereta, lori dan bas. Senarai ringkas:

  1. Pemain bola sepak yang kudung selepas kemalangan.
  2. Penderaan orang gaji.
  3. Affair seorang suami dengan pekerja sendiri.
  4. Orang tua yang anaknya mengandung luar nikah.
  5. Remaja yang dimanjakan ibu bapa.

Mungkin ada lagi, tapi tak mampu nak senaraikan. Kena tonton baru tahu.

qadr-script-exampleSkrip cerita ini penuh dengan nasihat kehidupan yang kita tak terasa seperti sedang diberi tazkirah. Banyak perkara yang disentuh membuatkan kita terfikir luar daripada kebiasaan.

Contohnya selalu kita katakan mereka yang terselamat dalam musibah kena bersyukur kerana masih hidup. Padahal sebenarnya mereka sendiri masih ada ujian yang perlu ditempuhi selepas ini – bagaimana mencari rezeki dengan kaki yang kudung, bagaimana mengatasi post traumatic stress disorder, bagaimana menghadapi dugaan menjaga ahli keluarga yang sakit. Ujian kita adalah kematian orang tersayang tapi ujian mereka adalah meneruskan kehidupan.

Penyampaian cerita juga unik; tidak straight tapi ada flashback, ada selit-menyelit, ada konflik dalaman dan teknik sinematografi yang sangat berupa filem action. Anda mesti faham jalan cerita baru boleh relate dan susun kembali plot setiap kisah dalam kepala. Kalau tak, mesti pening. Paling menarik sewaktu babak sekitar bas, penonton boleh lihat aksi yang sama dalam focus person berlainan menyebabkan anda merasa sangat yakin bahawa mereka berada dalam satu kemalangan yang sama. Siapa kata drama Melayu tak boleh teliti?

Namun begitu, telefilem ini tetap punya kelemahan biasa drama Melayu.

Beberapa lakonan babak sedih gagal memukau penonton. Ekspresi Mak Inom (Nor Amisah) masih kaku sama seperti drama lain lakonan beliau yang saya tonton. Muka Geena (Tunku Hanis) tiba-tiba terbakar melecur nampak tidak natural. Apatah lagi scene sewaktu Amira (Shera Ayob) melindungi Mak Jah (Kismah Johar) gagal saya bayangkan bagaimana berlaku kerana kaca pecah sewaktu bas terbalik, bagaimana Amira boleh nampak serpihan berterbangan lalu melompat ke depan dalam situasi kalut sedemikian?

Mamat (Beto Kusyairy) pula dilihat menukar baju ketika hampir dengan solat Jumaat sedangkan kemalangan berlaku waktu pagi, bagaimana beliau solat Subuh dengan baju berlumuran darah? Beliau juga dilihat meninggalkan kawasan kejadian sebaik sahaja pasukan penyelamat sampai, bila masa pula beliau boleh berada di hospital menderma darah kepada Dhia (Puteri Chichi)? Ada beberapa persoalan yang mungkin saya terlepas pandang penjelasannya.
qadr-goofs
Ada beberapa shot juga terlalu nyata parut muka Geena dan kudung kaki Fareed (Zahiril Adzim) dibuat-buat, walaupun shot yang lain sangat kemas melindungi rupa solekan tersebut. Scene bas terbalik juga sangat kartun efek visualnya dan saya kira kelemahan editing kerana lori tiba-tiba hilang sewaktu kemalangan berlaku. Tapi saya kira kekurangan teknikal ini boleh diabaikan kerana saya faham, memang memerlukan kepakaran yang tinggi. lebih penting, berjaya membayangkan situasi keadaan.
qadr-scene-accident
Cerita ini diakhiri dengan narration daripada Kismah Johar, menggamit memori Keluarga Iskandar. Mesej yang disampaikan cukup kuat apabila disertakan visual pengakhiran bagi setiap watak yang ada. Masing-masing punya kesudahan yang saya rasa happy ending, walaupun pada mulanya saya menyangka Rahmad (Zain Hamid) kahwin juga dengan Dhia, rupa-rupanya ada perancangan lain bersama Layla (Aida Othman).
qadr-narration-snapshots
Qadr memang bukan cerita cinta manis bahagia tapi cuma cerita kehidupan biasa-biasa penuh tragedi dan derita. Qadr cerita tentang kita dengan manusia. Cerita tentang kita dengan Pencipta.

Naskhah ini juga bukanlah suatu naskhah yang sempurna, tapi mampu membuatkan saya tanda, “Recommended – 7/9 bintang.”

Faith in Malaysia film industry restored.

IKLAN!
Which car colour, body kit, and rims would you choose? Customize your own personalized car.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain