Video: Love Never Fails

Lama tak jadi dynamic cameraman. Selalunya diberi tanggungjawab jadi static cameraman rekod ceramah atau ucapan, maka haflah Dr HK semalam satu kesempatan yang baik.

Lepas habis exam Obstetric Gynaecology memang berazam nak pergi balik kelas Dr Hussein pagi-pagi, dah lama sangat tinggal. Tapi banyak perkara menuntut tidur lepas subuh maka memang pengsan sampai pukul 9. Tengok-tengok Hafizi ajak pergi program meraikan Dr Hussein Khairi sempena tamat perkhidmatan beliau sebagai dekan Fakulti Perubatan pada Ogos ini.

Balik rumah terus sapu habuk pada camcorder dan caj bateri.


Tengok dalam komputer baru perasan banyak muka budak Melayu, lupa nak tembak budak Arab dari dekat. Lama tak buat kerja ini jadi blank bagaimana nak tangkap scene menarik.

Ada beberapa scene juga saya terlepas sebab terlalu zoom in maka unexpected event kurang sempurna masuk dalam frame. Sekiranya anda merekod dalam resolusi 1920×1080, hadkan subjek supaya memenuhi 2/3 frame supaya kalau ada peristiwa yang tiba-tiba berlaku kepada subjek, anda boleh rakam peristiwa tersebut. Tips lain adalah memastikan pandangan mata anda nampak viewfinder dan keadaan sekeliling supaya perubahan sewajarnya boleh dilakukan sebelum peristiwa tidak dijangka tersebut berlaku.

Selalunya juga lagu Inggeris kena hati-hati, sebab ada penerbit yang strict tak bagi guna dalam video maka Youtube akan block atau mute lagu tersebut. Antara kaedah mengelakkannya adalah guna versi cover atau instrumental.
asdsadsadas
Adalah sangat menakutkan bila dapat komen-komen seperti ini. Dikata expert, good job, nicely done dan sebagainya sedangkan hanya kita yang tahu betapa malas dan cincainya kerja yang kita buat. Takut-takut satu hari nanti ambil mudah dalam melaksanakan tanggungjawab. (Tapi yang ini hanya projek masa lapang suka-suka =P)

Semoga kita semua terus itqan dalam memikul segala amanah dan kerja yang kita lakukan. Semoga ALLAH lindungi kita daripada perasaan puas hati dengan habuan dunia. Semoga apa yang orang nampak sesuai dengan apa yang kita kerjakan.
20140625-(9)
Hari itu saya nak tanya, “Do you still remember my name?” tapi tak terluah. Takut jawapan bakal diterima mengecewakan. Biar memori baik-baik sahaja yang kekal. Next time bila nampak di jalanan biar saya dulu yang berlari tegur.

Terima kasih Dr Hussein Khairi, atas segalanya. Antara legend yang tak mungkin kami pelajar perubatan Universiti Kaherah lupa sampai bila-bila.

IKLAN!
World Cup nanti makan waktu Maghrib sampai terawih. Jangan sampai alpa leka. Masuk syurga nanti boleh minta nak tengok match yang mana, serius.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain