Taakhi

“Hafiz, bila sampai?”

“Hafiz, jemput makan dulu. Banyak lauk ni.”

“Weh bila potong rambut?”

Antara perkara yang kurang menyenangkan bila berjalan-jalan ke majlis rumah terbuka atau program adalah – sangat awkward bila manusia yang saya tak kenal tiba-tiba kenal Hafiz Adam. Muka senyum ramah mesra layan tetamu itu perkara biasa tapi kalau dah tahap tahu nama cam muka maknanya amat menyedihkan sebab saya tak kenal pun mereka. Rasa inferior gila.

Kemudian bila makan-makan, kelompok Tahun Satu kat sana, gerombolan Tahun Enam kat sini. Puak Kaherah tepi kanan, puak Mansurah tepi kiri.

Kata bertaakhi.
mukmin-ikhwah
Taakhi itu tak cukup dengan nama atas kertas, memenuhi jemputan datang ke muhafazah masing-masing, bergambar sama-sama. Sebabnya yang bersaudara itu bukan persatuan tapi manusia.

Antara perkara terawal yang dilakukan Rasulullah SAW selepas hijrah adalah mentaakhikan Ansar dan Muhajirin.

Muhajirin yang datang ke Madinah sehelai sepinggang meninggalkan semua harta di Mekah, ditawarkan emas perak oleh Ansar.

Muhajirin yang datang ke Madinah sebatang kara meninggalkan ahli keluarga di Mekah, ditawarkan isteri oleh Ansar.

Bagaimana kita nak mencontohi para sahabat Nabi ini kalau kita tak mula dengan saling mengenali? Dah separuh sesi Presiden keluarkan arahan takkan tak mula lagi.

Lain kali kalau saya buat muka blur bila anda tegur, elok rasanya perkenalkan diri sebab saya pun malu nak tanya nama banyak kali. (Hahahaha gelak keji)

IKLAN RAYA
What happens when the world’s best camera and camcorder is built into a waterproof smartphone?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain