Hari ini Shazreen Fazlynda diserang kerana video muzik beliau MOKMEL yang menampilkan perempuan bertudung menari beramai-ramai dengan lelaki serta aksi gedik melampau beliau dianggap menjatuhkan imej muslimah yang menutup aurat. Video muzik MOKMEL merupakan cover All About That Bass mengisahkan cinta seorang lelaki terhadap perempuan gemuk.
Begitu juga sewaktu heboh program I Want to Touch a Dog di media massa. Serangan peribadi, perbahasan hukum, umpat keji, fitnah – segalanya muncul di celah-celah nama sebuah teguran.
“Saya serba salah antara dua pihak. Saya tak setuju program seperti ini, tapi dalam masa yang sama saya tidak setuju tindakan memalukan mereka di khalayak dengan public post di Facebook.” Hari itu entah bagaimana topik huhahuha dengan junior jadi serius.
Soalan beliau, apa yang patut dilakukan?
TEGUR DIRI SENDIRI
Secara umumnya, kalau kita rasa nak komen atau share tentang ORANG, cepat-cepat istighfar muhasabah diri sendiri. Itu teguran terbaik.
Sebabnya orang beriman tidak menyertai kumpulan mengumpat ORANG lain.
Tolak tepi hukum mengumpat dosa di tempat awam, hukum nahi mungkar, dan hukum-hukum lain. Itu semua cuma percubaan untuk justifikasi perbuatan kita itu betul, tidak salah, tidak cacat, malah sentiasa berada dalam kebenaran. Hakikatnya kita tetap mengumpat.
Selepas selesai muhasabah diri sendiri, baru fikir balik – bagaimana aku nak tegur atau bagi peringatan dengan cara terbaik?
Bergaduh dalam ruang komen? Senaraikan akhlak buruk mereka? Label dengan perosak bangsa? Atau bagaimana?
Pasar menjadi tempat kegemaran syaitan kerana banyaknya bilangan manusia di tempat tersebut. Banyaknya bilangan manusia bermakna banyaknya tempat mengumpat, mengeji, menipu, mendedahkan aurat dan sebagainya. Dalam era digital ini, tidak salah kalau kita kiaskan pasar dengan laman sosial. Maka perlu berhati-hati.
Mengajak manusia ke arah yang lebih baik merupakan sesuatu yang personal. Ada seninya. Ia tidak semudah komen atau share melalui Facebook.
Boleh jadi juga bukan mereka yang memalukan diri mereka tapi kita. Ada beza kita post sendiri gambar huhahuha berbanding orang lain post gambar yang sama tapi berkapsyen “Umat Islam akhir zaman leka dengan hedonisme dunia hasil penjajahan barat Yahudi Nasrani dan meninggalkan sunnah Rasulullah SAW.”
Pada akhirnya, memandang sisi negatif dengan pandangan positif itu lebih baik.
HANTU KAK LIMAH
Creepy, odd-looking woman spotted near a shopping mall. What is she doing there?