Siapa tak kenal Hur Jun. Legenda bidang perubatan Korea sampaikan kalau hero power bab rawat orang terus digelar jelmaan Hur Jun.
Hur Jun lahir sebagai mudblood, ayah yangban dengan mak hamba, menjadikan beliau sering dibuli. Seperti biasa, Hur Jun yang kecewa dengan status diri sendiri hidup tanpa tujuan, selalu berfoya-foya dan buat masalah. Hinggalah satu hari dia kagum dengan Tuan Guru Yoo Ui-tae menyelamatkan pesakit, jadi beliau buat keputusan untuk jadi doktor.
Beliau merangkak berguru menuntut ilmu dari jadi tukang angkut air basuh kaki sampailah akhirnya jadi royal physician pada zaman tersebut.
Sumbangan Hur Jun lebih kepada kemajuan dalam bidang perubatan tradisional. Kalau kita ada Qanun fi Tibb Ibnu Sina, perubatan tradisional Korea ada Dongui Bogam. Ala-ala buku teks kepada perubatan tradisional Asia. Jadi rujukan sampai ke China dan Jepun.
Malah Hur Jun buat pembaharuan dari segi susunan berdasarkan sistem tubuh manusia (yang lebih senang difahami dan dipelajari) berbanding susunan mengikut penyakit yang selalunya digunakan pada waktu tersebut. Hur Jun juga menggunakan herba yang lebih common untuk rakyat marhaen menjadikan rawatan mampu milik untuk golongan B40 sampai ke T20.
Projek Dongui Bogam dimulakan pada zaman King Seonjo (kira-kira tahun 1600) untuk mengumpul dan merekod pengetahuan tentang ilmu perubatan pada waktu tersebut jadi satu kompilasi lengkap. Projek ini tertangguh beberapa tahun kerana perang apabila Joseon diserang Jepun tapi Hur Jun berjaya siapkan juga Dongui Bogam sewaktu pemerintahan king seterusnya, King Gwanghaegun (1610).
Pada tahun 2009, UNESCO masukkan Dongui Bogam dalam list Memories of the World, satu program untuk mengekalkan warisan bahan-bahan bertulis yang bagi impak besar dalam sejarah dunia daripada hilang dari muka bumi. Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Batu Bersurat Terengganu pun sebenarnya tersenarai dalam program ini.
Dalam drama 135 episod ini ada dua pempuan yang jadi tulang belakang kepada Hur Jun. Lady Ye-jin yang pimpin tangan beliau belajar satu persatu tentang ilmu perubatan, dan isteri beliau Lady Da-hee yang sentiasa menyokong beliau susah dan senang.
Dahee lahir sebagai yangban tapi keluarga beliau dituduh sebagai pengkhianat dan dibuang negeri. Akibat kesusahan hidup, ahli keluarga beliau meninggal satu persatu. Hingga satu hari Hur Jun tolong beliau setelkan pengebumian ayah beliau lalu Dahee jatuh cinta. Mereka terpisah bawa haluan masing-masing tapi biasalah, kalau dah jodoh tak ke mana. Dahee merentas benua lautan ke hulu ke hilir mengembara cari Hur Jun sampailah jumpa kembali masa Hur Jun sedang menuntut ilmu di pondok Tuan Guru Yoo Ui-tae.
Antara babak mengesankan sekitar Dahee adalah sewaktu Hur Jun pergi ke ibu kota ambil peperiksaan jadi doktor. Tapi berbulan-bulan tak balik. Murid-murid satu sekolah semua dah pulang tapi Hur Jun entah ke mana. Tambah mengecewakan mereka yang pulang ke kampung bawa berita Hur Jun tak pergi ambil peperiksaan. Orang kampung pun membawang tentang Hur Jun kembali buat perangai sampailah Dahee rasa kecewa dengan Hur Jun.
Hinggalah satu hari Hur Jun balik dan cerita sebenar pun terbongkar. Dalam perjalanan ke ibu kota, Hur Jun lalu satu kampung yang dilanda pandemik COVID-19. Beliau duduk situ berbulan-bulan untuk tolong rawat orang kampung sampai semuanya sembuh. Dahee pun menangis tersedu sedan bucu dinding belakang rumah rasa berdosa sangka buruk dengan suami beliau.
Begitulah puan-puan sekalian. Jangan mudah sangka buruk dengan suami. Semua itu permainan syaitan sebenarnya.
Telah disiarkan di Facebook Group GengKDrama