Bila kita rasa putus asa, berputih tulang bersengkang mata tak pernah dapat hasil.
Bila rasa kecewa, menyesal dengan perbuatan bodoh yang lalu.
Bila kita rasa penat, tertanya-tanya bila nak sampai penghujung ujian.
Ingat nama ini adik-adik sekalian, Minegishi Minami.
15 tahun akhirnya bergelar graduan AKB48. Pernah buat silap, skandal dengan lelaki lalu diturunkan pangkat ke Team Kenkyuusei (trainee) padahal beliau Super Senpai 1st Gen. Tak cukup dimalukan sedemikian, kena buat permohonan maaf terbuka siap cukur rambut.
Tapi Allah sahajalah sebaik-baik perancang, beliau bangkit semula naik jadi ketua kelas Team 4, jaga adik-adik 13th Gen.
Beliau juga pernah mengalami rasa depresi, sampai tahap alcohol abuse. Tapi berjaya berhenti, dan keluar dari rasa sepi dan menyendiri. Katanya, hikmah ujian Corona yang putuskan rantaian aktiviti rutin hidup beliau membuatkan beliau temui perkara baru dalam hidup.
Tahniah Miichan. Kawan-kawan awak Acchan, Takamina, semua dah kahwin beranak cerai dah. Teruslah maju dalam hidup, jadi inspirasi melangkah tak kenal lelah.
Mata aeru hi made.