Nyanyi Depan Kelas

“Baru seminggu buka kelas dah buat ujian.”

“Cikgu tak faham masalah kami. Penat tau tak penat.”

Lemah betul budak-budak sekarang.

Hari itu Teacher masuk kelas terus buat ujian. Beliau bagi kertas ujian kemudian bagi masa 15 minit jawab. Ini baru namanya Shock Exam. Lebih sedap, beliau suruh semua orang berdiri jawab satu demi satu soalan. Kalau betul baru boleh duduk.

Tapi lepas tiga pusingan, aku masih berdiri disebabkan dua kali jawab salah. Member yang lain semua dah duduk round pertama lagi.

Yalah, masuk terus buat ujian. Jawab salah kena berdiri. Stress. Dahlah masa tu tiap-tiap hari berlatih debat ala parlimen. Penat tahu tak penat? Cikgu tak faham kami!

“Hafiz, if you still got this question wrong, you go in front and sing a song for us.” Teacher bagi ultimatum.

Makin stress jadinya.

Seperti yang dijangka, aku jawab salah lagi sekali. Terpaksalah pergi depan kelas nyanyi lagu.

Aku bukan macam budak-budak lain yang jenis dengar lagu sampai sanggup seludup mp3 player masuk asrama, jadi memang tak tahu nak nyanyi lagu apa. Dahlah kena nyanyi lagu Inggeris.

Dalam fikiran aku ada beberapa pilihan lagu.

Pertama;

I wanna be the very best,
No one ever was.
To catch them is my real test,
To train them is my cause!

I will travel across the land,
Searching far and wide.
Each Pokemon to understand
The power that's inside!

Pokemon! Gotta catch em' all!

It's you and me,
I know it's my destiny!

Pokemon!

Oh, you're my best friend,
In a world we must defend!

Lagu legenda pagi-pagi mesti dengar tiap hujung minggu hari Ahad buka NTV7. Tapi aku batalkan sebab melampau sangat kelakarnya.

Kedua;

Far, far away, deep in space, to a galaxy you'll go!

Power Rangers, Go! Power Rangers, Go! Power Rangers, Go!

There, lies the key, to the answer and the powers you will know!

Power Rangers, Go! Power Rangers, Go! Power Rangers, Go!

Aaaah~ Rangers! Turn on the power! Power Rangers Lost-lost-lost Galaxy! Turn on the power! Power Rangers Lost-lost-lost Galaxy! Turn on the power! Power Rangers Lost-lost-lost Galaxy... Go!

Yang ini pun aku batalkan saja hasrat tersebut kerana aku cuma ingat lirik bahagian chorus. Padahal tiap petang Sabtu mesti tonton masih tak ingat habis lagu tema.

Akhirnya aku nyanyi lagu yang bersesuaian dengan status sekolah agama pada waktu tersebut. Siap buat muka sedih minta kesian dan tukar suara ala-ala budak kecik.

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you

Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight

That's right no other
Your mother (My mother)

Begitulah kisah tekanan perasaan cikgu bagi ujian mengejut sampai kena denda malukan diri sendiri depan kelas. Tapi ada aku kisah? Belajar dan pergi sekolah itu tetap menyeronokkan.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain