Epal-epal Dalam Kerana Manisnya Epal

Rasanya zaman sekolah dulu rebel jugak kot. Tapi tak adalah sampai kurang ajar dengan cikgu.

Ingat lagi suatu ketika dulu Tingkatan Empat, Cikgu Penolong Kanan Satu jadi cikgu ganti Bahasa Melayu sementara tunggu cikgu lain masuk. Kerjanya dia suruh buat presentation depan kelas pasal mana-mana cerpen dalam Antologi Sehijau Warna Daun.

Seperti biasa kelas budak cemerlang semua berpakat buat sinopsis, karakter, nilai pengajaran etc. Tapi aku rasa benda tu membosankan dan tak ada faedah. Rata-rata semua orang pakai buku rujukan Sasbadi dah terpampang dalam tu point sebijik-sebijik, buat apa kita ulang benda sama?

Jadi aku persembahkan di depan, “Epal-epal dalam Kerana Manisnya Epal (Faisal Tehrani).”

Kau rasa pembelajaran itu membosankan, kau la yang kena buat benda yang menarik. Takkan semua benda nak harapkan cikgu. Kau rasa kau perlukan perhatian, kau la yang kena cari benda cikgu terlepas pandang.

Masa itu aku ingat lagi komen Cikgu Penolong Kanan Satu, “Bagus presentation kamu walaupun tak masuk exam” sambil dia senyum sinis kah3 mesti dalam hati beliau maki bertubi-tubi apa ke bangang budak ini tak mengikut arahan.

Telah disiarkan melalui Facebook

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain