Laman Web Muzik dan SFX Berbayar untuk Youtuber

Bila buat video memang tak sedap kalau tak ada lagu. Tengah buat vlog shot pemandangan takkanlah nak biar kosong bunyi angin. Shot pakai drone FPV kalau tak ada lagu rancak thrill memang tak sah. Kadang-kadang juga mesti rasa nak tambah sound effect kena tumbuk, bunyi terkejut, mood seram.

Pilihan pertama sudah tentulah Youtube Music Library – percuma, mudah, dan tak perlu fikir panjang. Tapi masalahnya tiba-tiba sahaja kena Copyright strike tak tahu hujung pangkal. Kebanyakan muzik juga cuma instrumental, tak ada jenis vokal.

Jadi pilihan kedua adalah muzik/SFX berbayar. Memang tak sedap disebut tapi kena tulis jugalah bagi tambah pengetahuan.

Saya cuma senaraikan beberapa sahajalah laman web yang boleh diguna untuk dapat music/SFX berbayar dan boleh guna untuk video anda tak kiralah untuk Youtube, Facebook, malah ada yang boleh guna di TikTok.

ARTLIST
Paling murah setakat ini jumpa – USD120 setahun.
Laman web dia pun cantik, macam Spotify. Pilihan lagu tak sebanyak Epidemic Sound tapi masih cukup kalau buat video setiap minggu.

EPIDEMIC SOUND
USD144 setahun.
Paling popular, dan sangat banyak pilihan, lebih 30 ribu muzik dan 50 ribu SFX. Lagi canggih, setiap lagu ada pilihan untuk pilih instrumental mana yang berkenan – dram sahaja ke, melodi sahaja ke.

AUDIIO
Suka buat promosi tahun pertama. Sekarang tengah promosi USD99 untuk tahun pertama (guna kod HOLIDAY), dan ada pilihan Lifetime Membership sekali bayar.
Tapi masih baru, pilihan lagu tak banyak, ada features yang belum siap, dan tak semua koleksi audio boleh monetize.

LAIN-LAIN

Soundstrike
Premium Beat
Hook Sound

MASALAH BERBANGKIT

Kita dah bayar, tiba-tiba nak berhenti sebab duit nak guna untuk bantu mangsa banjir. Jadi muzik yang dah pakai dalam video tahun lepas kira burn lah? Jawapannya ada dalam terms & condition.

Kebanyakan yang saya sebut di atas bagi hakmilik kekal kepada yang guna servis mereka, dah berhenti pun masih kekal boleh guna setakat video dalam tempoh langganan. Video baru selepas berhenti sahaja yang tak boleh guna dah.

BERBALOI ATAU TIDAK?

Subscription setahun paling murah RM550. Gila, income YT pun tak sebanyak itu.

Bagi Youtuber pemula, besar kemungkinan tidak. Lebih baik guna muzik/SFX dari YT Library. Leceh sikit bila ada masalah, tapi poket tak rabak. Cuma janganlah putus asa tengah jalan.

Bagi yang dah established, income dah stabil, betul-betul serius, mungkin berbaloi. Muzik menaikkan mood, menjadikan video lebih sedap untuk ditonton. Malah ada channel tak bercakap pun, cuma vlog sedutan perjalanan dengan muzik mendamaikan sahaja sudah cukup menarik bagi penonton.

PENUTUP

Jadi anda bagaimana? Guna free atau berbayar?
Kalau berbayar, laman web mana yang anda guna?
Kalau free, kongsikan juga laman web yang anda gunakan. Kalau YT Library tak perlulah letak.

Kita kongsi resource yang ada.

Telah disiarkan di group Facebook Youtuber Malaysia

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain