Menakjubkan filem Mat Kilau dapat sambutan di Sarawak. Filem Rentap pun tak sebegini.
Jujurnya saya bagi markah 5/10 sahajalah.
Macam tempel-tempel ayat buku teks ulang2 skrip “ini perjuangan bangsa dan agama” sampai rasa loya nak muntah. Tak jumpa ‘cerita’. Tak puas hati pergi tembak jeti tanpa faedah. Klimaks lawan2 gaya Avengers kemudian tammat. Mana peleraian?
Dialog paling natural rasanya big boss kepada Kapten Syers. Rasa manusia.
Begitu pun masih tak rugi bayar RM10. Persembahan pelakon2 bertenaga. Cumanya lagi sedap tengok Beto dan Fattah berbanding Adiputra. Dia ingat buat suara ala2 Batman tu cool? Kemudian pergi bersajak depan askar Gurkha. Nasib baik British kedekut, senapang tak ada peluru.
Pergi ke kedai membeli cincau Nama aku Mat Kilau~
Ya, pergilah tonton. Baru kau tahu kita sebenarnya mampu buat filem silam. Nak atau tidak sahajalah. Dan silat itu sebenarnya memukau setanding kungfu yang selalu kita tonton.
Cumanya kalau nak ajak saya tonton lagi sekali memang taklah. Rewatch value tak ada. Tunggu raya atau Merdeka sahajalah tayang di TV3.