Bicara Dari Atas Bumbung

Deja vu?

Tiga hari saya bermimpi cerita yang sama. Cerita seorang lelaki, seorang perempuan, berkenalan, menjadi rapat dan pertengahan cerita; berpisah sebelum mereka berdua menjadi insan yang lebih baik. Pengakhirannya? Tidak pula saya tahu kerana mimpi itu berulang-ulang cerita yang sama. Pelakonnya, saya dan dia-yang-tidak-perlu-disebutkan-nama. Latarnya bukan bumbung Wisma Topaz, tapi bumbung sekolah menengah lama saya bewarna merah bata yang kadang-kadang dikunjungi saat melepak di kelas As-Saff di tingkat paling atas Blok Baru.

Siapa sangka, hari ketiga saat saya membuka plastik novel lantaran kemalasan kebosanan melihat buku teks Pathology menemukan saya dengan pengakhiran cerita tersebut. Bukankah suatu perkara yang mengujakan apabila anda telah melihat cerita tersebut sebelum mula membacanya?

Sixth sense? Clairvoyance? Instinct? Atau cuma chemistry seorang pembaca dengan penulis? Anda namakan. =)

Peminat Hlovate pasti mengetahui cerita tersebut, dari tajuk entry ini dan sedikit sinopsis yang samar-samar di atas.

Walaupun sudah bertahun saya mendengar nama Hlovate, telah berkunjung ke blog-blog beliau dan membaca banyak review tentang karya beliau, baru tahun ini saya membaca tulisan beliau. Maklumlah, saya tidak gemar membaca novel melalui online di blog. Paling mendesak, saya cuma membaca PDF. Sebabnya:

  1. Brightness monitor ini bakal menambah kuasa cermin mata. Sudahlah kerja hanya menghadap komputer, melayan novel dengan komputer saya tidak sanggup.
  2. Kemalasan untuk klik bab demi bab. Apatah lagi kalau tiba-tiba ada bab yang hilang. Belum masuk bab internet berlumba siapa paling lambat dengan siput sedut.
  3. Ingin print? Saya bukan seperti seorang akhawat yang print novel Harry Potter ketika saya di Tahun Dua dahulu.

Maka, saya beli semua buku bertulis nama Hlovate yang dijual di Jemari Seni. Masih ingat dengan entry lalu?

Ked’s Story yang dimuatkan dalam Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi merupakan kisah pertama yang saya baca. Itupun gara-gara ingin membaca Rumah Kecil Di Ujung Padang karya Noor Suraya dalam buku yang sama. Penangan Jaja & Din mungkin.

First impression – awesome. Means, really a page turner. Dan trademark Hlovate pastinya lagu-lagu yang menjadi penghias bab, serta istilah-istilah “moden” yang kadang-kadang saya sendiri pertama kali dengar. Oh, mungkin juga nama gelaran yang tidak pernah terfikir. Ataupun sebenarnya saya yang dikelilingi manusia yang memanggil dan hanya berkata-kata yang baik-baik sahaja yang terasa demikian? =P

Kemudian aA + bB menjadi mangsa. Kali ini lebih mengujakan. Sedikit demi sedikit saya merasa apa yang membuatkan pembaca novel beliau meminati beliau. Cerita yang realistik tidak drastik, step-by-step, dialog yang santai disulami ayat-ayat yang bombastik, serta promosi tidak-rasmi lagu dan tajuk buku.

Standing ovation untuk Hlovate. Sungguh. Kalau saya tahu Kage bunshin no jutsu Naruto, sudah lama saya selitkan rakaman Pink Ocean ombak tangan 1000 orang manusia hailing for Hlovate.

Motif entry ini? Sekadar menambah satu lagi entry dalam blog tidak berpengunjung ini. Langsung tiada komen. Mungkin sudah tidak popular dibaca orang seperti dahulu, maka bolehlah saya mencoret sesuka hati. XD

Lontarkan… Jika tidak ia meracun.
Kongsikan… Walau hanya pada awan-awan.

Ending kisah ini?
Ini bukan blog promosi buku, saya juga tidak dibayar untuk promosi buku, kalaulah saya tahu saya akan promosi banyak buku ternyata saya akan minta royalti kupon diskaun daripada Jemari Seni dan Alaf 21, sila jangan paksa saya promosi buku, tapi…

Rooftop Rant; A must-read story, walau seteruk mana pun hidup kita, gagal peperiksaan 40 kali macam saya sekalipun, ketentuan Allah itu pastinya yang terbaik. Terpulang pada kita untuk optimis atau tidak. Dan pastinya mereka yang memilih untuk menjadi lebih baik itu akan menjadi yang terbaik.


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

(The Road Not Taken – Robert Frost)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

18 thoughts on “Bicara Dari Atas Bumbung

  1. Salaam.. lama sungguh tidak menyinggah dan menyibuk di sini (semenjak ditegur oleh tuan punya blog, saya cuba menata hati supaya tidak sering2 ke sini).. cuma, entri tentang tulisan2 Hlovate kali ini sangat mengujakan.. deja vu dgn cerita Rooftop Rant? auww that’s awesome.. as much as I gave hlovate the same standing ovation as you did, the most I get is all overwhelming, mixture, melancholic, unnamed feelings.. sangat banyak benda baru yg saya belajar dari tulisan2 beliau.. tidak kurang banyaknya juga saya diingatkan akan hal2 yg saya lalai dan lupa selama ini.. kisah2 beliau sangat dekat di hati, mungkin kekadang sampai membawa ke mimpi.. setakat ini kisah2 terbitan Jemari Seni tidak mengecewakan (ini juga bukan iklan promosi).. Setelah menyudahkan semua kisah tulisan Hlovate, saya habiskan cerita2 Syud dan kini sedang menyelami hati Noor Suraya lewat tulisan2 beliau.. Alhamdulillah! Bakat2 besar ini benar2 dimanfaatkan utk berkongsi manfaat dengan orang lain.. Mudah2an Allah swt memberi sebaik-baik balasan kepada mereka..

    1. memang awesome. bukanlah deja vu 100%.
      tp kalau perempuan bermasalah, lelaki menjadi tukang nasihat, kemudian terpaksa berpisah utk kejar cita-cita, and never say a word about their relationship, missing each other, memang sama sejibik la kan? haha
      3 hari berfikir mimpi hapekah ini.
      nak suruh tulis novel ke ape?
      rupanya semua terjawab dalam RR.
      =)

      1. hmm agaknya mmg nk suruh tulis novel la kot.. =) tpi cuba bca hlovate’s versus.. ntah knpa sy terasa ada konsep couple Islamik dlm tu..

  2. nak komen, nak pinjam nati semua novel2 tu selepas sahaja 1 syawal dan sebelum result exam XD..boleh la ye..hehe..;p

  3. knp lepas bc novel rooftop rant tu sy xnmpk kat mana best nya..kalu aa+bb tu best laa…

    dah bc jaja & din..sgt best..tq krn mpromote

    all the best!
    usaha lif kejayaan~

    1. bestnya sebab kisah RR hampir sama dengan saya kot.
      hanya budak bermasalah boleh memahami budak bermasalah yg lain.
      same boat, different cabin. =P

      aA+bB memang romantik. sememangnya digemari pompuan. XD
      terima kasih kerana terpengaruh dgn promosi saya. ahah, boleh dijadikan bukti sewaktu meminta royalti nanti. XD

  4. Salam

    Saje nak mencelah, setelah lama tak membaca your writings.

    RR memang best. Bagi saya, rasa best tu timbul sebab kebanyakan dari kita pernah punya masalah masing-masing masa remaja dulu (even sekarang pun~).

    Apapun, terasa terkagum pula dapat tau orang lelaki juga suka membaca novel berunsur cinta. Bukan prejudis, cuma sebelum ni pernah diperkecilkan oleh seorang lelaki kerana majoriti perempuan suka membaca novel cinta.

    Tapi RR bukan sebarangan novel cinta kan :)

  5. membuatkan akak nak baca novel ni…. biarpun akak seorang yang paling tak suka baca novel… nak beli la…

    tuan penasihat 20%

  6. salam…

    bagi sya RR berat utk dibaca,, byk persoalan and perlukan masa utk memikir dan memahami hal2 di RR… tp, novel nie, best,,

    btw, hlovate antara yg penulis yg best.. bhasa yg sgt sarkastik,,, byak nasihat2 dlm nyer..
    VERSUS—-> wajib baca,,,
    dari situ, kita kan berfikir..
    sudah cukup baik kah kita???

  7. wah…x sangka din mat pun baca novel gak…ingatkan layan naruto n kreko je…hihi…
    bgus2..welcome to the club…
    RR best ek???x baca lg…RR citer sal apa?
    sy nk suggest, bce la Tunas. tunas tu flash back bg citer Aa+Bb…best sgt….
    last word: jaja & din is the best!nk cari ustaz din la sorg..tp bkn dinmat…hehe

  8. Versus: Baru baca sinopsis

    Dialogue tu guna I, U. Aku tak suka, so aku rephrase balik ayat2 tu ikut suka aku. Ahaks~

    Lelaki tu cakap,”Saya tak minta awak terima saya yang sekarang. Saya minta awak terima saya yang dah berubah nanti. The new me.”

    Aku suka kata2 laki tu. Ada determination untuk berubah. Dia mengatakan mahu berubah dgn seyes. Tak bertangguh untuk berubah. Somehow, aku memang tersentuh dgn permintaan laki tu. Aku kena beli novel Versus nih!

  9. entri ini buat saya tersenyum pada jam 0346. Tersenyum sebab ada orang lain yang agungkan karya Hlovate. Rooftop Rant sangat memberi inspirasi kepada saya, Trisy dijadikan contoh dan Jade, he is such a great listener. Penutup entri ini lagi membuatkan saya tersenyum dengan bait2 kata dari Robert Frost. The road not taken, was my favorite poem in literature class. Terima Kasih, you made my day :) July 2 2011. what a good start! Take Care.

Komen di sini, bukan di tempat lain