Abang Adam tengah menunggu ayam di dapur jadi hangit garing dan bertemu dengan berita ini mengenai pergaduhan pelajar perubatan. Mari kita baca bersama-sama.


Klik gambar untuk paparan lebih best!

Exco BERUBATAN Berang Dengan Sindiran

Mesir, 13 Jun – Tindakan seorang pelajar perubatan luar negara mengeluarkan kenyataan sindiran berbau perkauman dalam sebuah Group untuk bakal doktor di Facebook akhirnya membawa padah apabila dikecam hebat oleh Exco BERUBATAN Cawangan Alexandria.

Sakinah Ismail bt Ibrahim, Exco Unit Menerangkan & Menerbitkan BERUBATAN Cawangan Alexandria berang dengan kenyataan pelajar tersebut yang disifatkan tidak profesional. Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap pelajar tersebut melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Motif sindiran tersebut masih belum diketahui namun Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyimpulkan pelajar tersebut mempunyai sejarah pahit dengan pelajar perubatan Mesir, berkemungkinan besar ditinggalkan tunang beliau yang merupakan salah seorang pelajar di sini. Beliau juga berjanji akan membawa kes tersebut untuk dibicarakan di mahkamah antarabangsa.

Siasatan awal PBB juga mendapati pelajar tersebut telah beberapa kali cuba menimbulkan provokasi di Group yang sama sebelum ini. -PERUBATANtoday

PERUBATANtoday – Truth Doesnt Matter | Hanya untuk bacaan ahli


Abang Adam tiada komen, tapi pengajaran di sini janganlah menyindir berlebih-lebihan nanti orang marah.
Mulalah komen di bawah tu banyak hik3 =)

Iklan!
Nak jadi kurus menghilangkan tayar pada perut? Cuba klik sini. (Perempuan sahaja)