Tengah bosan-bosan menilik HDR-XR550E, baru perasan dah lama tak guna. Kali terakhir sewaktu Medicophilic Month April lalu. Ditambah pula dengan ketidak-ada-kerjaan sekarang, maka saya bermain kembali dengan Sony Vegas.


Video ini walaupun promo untuk mediaPERUBATAN tapi lebih berkonsepkan iklan Jabatan Berita, maka dengan itu saya mengajak mereka yang berada di luar sana untuk bersama-sama membantu si budak kecik Atiqah meneruskan legasi kegemilangan Safwan Pemenang dan Puan Fathiyyah dengan menulis berita yang mantap. Kalau malu menulis berita event besar-besaran, tulislah berita tentang anak kucing teman serumah mati kelaparan digigit tikus hingga tercabut bulu aktiviti batch.

Ataupun hantarkan tips gosip skandal AJKT ingin berkahwin satu lagi kepada [email protected]

Sekian. Jangan lupa untuk menyokong Projek Dana PERUBATAN.

p/s: Rasa nak buat promo yang lebih elok dengan grafik yang lebih sesuai, tapi tengoklah dulu. :)

IKLAN!
Malas nak berlari sekitar bandar untuk pencarian harta karun? Sekarang anda berpeluang menyertainya dengan klik sahaja!