Puasa ini seperti biasa, akan wujud mesej-mesej viral yang di-copy-paste dalam laman Facebook. Antaranya:

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat

Sekali baca macam “waw halusnya Ali sindir Minah, nak Like banyak2, I Loike”


Tapi kan, kalau dah Minah tu tukar jawapan jadi camni:

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan orang lain puasa, saya puasa la..

Agaknya apa sambungannya?

Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..orang lain pun tak tutup aurat


Ataupun Minah itu buat jawapan lain:

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan Mak suruh puasa, saya puasa la..

Sambungannya?

Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Mak tak suruh, watpe nak tutup?


Lagi best:

Ali : Awak puasa?
Minah : Tak..
Ali : Kenapa awak tak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan saya haid harini, tak puasa la..

Best berkali ganda:

Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Orang haid kena tutup aurat eh?


Orang sibuk dengan isu murtad sekarang ini. Masing-masing hidup dalam delusion. Seorang hidup dengan pegangan kita perlukan kuasa undang-undang untuk menyekat umat Islam daripada murtad. Seorang lagi hidup dalam fantasi kalau agihkan zakat bagi ajaran agama cukup takkan wujud golongan murtad. Delusi fantasi.

Maaflah ya, kalau undang-undang kata tak boleh murtad tapi kita dah tak percaya adanya Allah, dikira Islam lagikah? Maaf jugalah ya, sahabat-sahabat menerima didikan terus daripada Rasulullah, setelah Baginda meninggal berapa ramai yang murtad hinggakan Saidina Abu Bakar terpaksa perangi mereka?

Bukannya nak kata mana-mana pihak salah, saya yang tak cemerlang ini yang betul, tapi agaknya apa sebab manusia sudah tidak percaya dengan Allah, tidak ingin bersama Islam, adalah sesuatu yang perlu difikirkan dari sudut lain. Mungkin juga tak perlu “fikir”, tapi “rasa”.

Mungkin juga apa yang kita perlu tanya adalah, “So, ramai orang murtad. Apa AKU kena buat?” Selain daripada sebarkan link orang murtad, group atheist, bersedih dengan umat Islam sekarang, gaduh-gaduh sape salah dalam isu ini.

Saya? Saya cuma tahu tengok drama hik3

IKLAN!
If I have RM10k, how do I solve this world problems?