Tahun ini banyak teori. Mungkin sebab sudah tua, fikiran sudah final year. Maka banyak peristiwa dalam hidup ini disimpulkan dalam teori-teori yang pelbagai. Antaranya Teori Konspirasi Universiti Kaherah yang pernah saya tulis dahulu.

Kenapa dinamakan Teori? Sebab belum dibuktikan. Kalau dibuktikan, namanya Hukum. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi teori lain.

Dulu-dulu waktu cerita Dunia Baru popular, selalu dengar ungkapan ini: Kaf-Ba-Ra-Kaf-Alif-Ta-Nun = KEBERKATAN. Mak Adif yang sebut kan?

Waktu Tahun Satu dulu, biasalah masih kanak-kanak budak hingusan lagi. Senior-senior kata, masih dalam proses menyesuaikan diri, mencari identiti dalam suasana yang baru. Waktu itu sering teruja dengan banyak perkara. Waktu itu juga semangat masih membara. Tapi bila dah naik Tahun Dua, Tiga, Empat, sudah jadi malas.

Samalah dengan kelas Biro Bina Insan. Tahun Satu rajin pergi kelas mereka maka hasilnya Jayyid. Tapi selepas itu sudah malas, selalu ponteng, maka nikmat kebijaksanaan yang Allah beri itu merosot seperti spinocerebellar Kitou Aya dalam drama Satu Liter Air Mata. Keputusan peperiksaan jatuh teruk, usahkan Maqbul, Rasib pun belum tentu.

Hipotesisnya adalah: Semakin rajin anda ke kelas agama, semakin banyak keberkatan anda dapat, semakin cemerlang result anda.

Maka saya menyeru anda semua agar mencari KEBERKATAN dalam hidup kerana KEBERKATAN itu sangat penting untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Bukan harta ya, tapi KEBERKATAN.

Sesungguhnya tidur di bawah sayap malaikat itu lebih baik daripada tidur di bawah selimut lihaf.

Jom kita pergi kelas tafaquh PERUBATAN jom!

IKLAN
Pernahkah anda terfikir bagaimanakah perasaan menaiki motorbike ke kelas agama? Rasainya sendiri dengan klik di sini, haha.