Isu Musyrif adalah suatu isu yang lapuk. Bila sebut isu musyrif, akan terbayang di minda persoalan berikut:

  • Akhawat guna musyrif = bagus. Boleh buat zaujah nanti. Pandai jaga diri.
  • Akhawat tak guna musyrif = dah tak lama nanti kena rogol lah tu. Padan muka. Aku Cina tepuk tangan je lah.
  • Ikhwah liat nak jadi Musyrif, call tak angkat-angkat. Dah angkat buat suara mesin konon salah nombor.
  • Musyrif lewat, tunggu berjam-jam tak sampai-sampai. Bila dah sampai, buat muka tak bersalah.
  • Akhawat nak gerak lagi 5 minit baru gelabah nak cari musyrif.
  • Tolonglah gunakan musyrif, Mesir ni tak selamat. Raba ragut rompak di mana-mana.

Isu-isu ni bosan dan membosankan, berulang-ulang tanpa penyelesaian. Acu cuba try test fikir di luar kotak.

Musyrif adalah supervisor, bukan Mursyid yang perlu menunjuk jalan.


Personally, bagi kita orang tua – Tak Guna Musyrif Bukan Aib. Musyrif bukan Tuhan; kalau guna sistem ini pasti selamat, tak guna sistem ini tunggulah petir datang menyambar.

Tujuan asal sistem musyrif diperkenalkan adalah demi tujuan keselamatan. Pendek kata, Musyrif hanyalah salah satu wasilah keselamatan. Tak bermakna bila dah guna Musyrif, aspek keselamatan lain perlu diabaikan. Tak bermakna juga bila dah ambil langkah keselamatan lain, Musyrif boleh sewenangnya diabaikan.

Personally juga, memberi kefahaman tentang Kaedah Menjaga Diri adalah lebih penting daripada memaksa akhawat menggunakan sistem Musyrif yang entah apa-apa. Sebabnya Kaedah Menjaga Diri relevan sepanjang zaman dan setiap tempat, sedangkan Musyrif tak disediakan sepanjang masa di semua tempat.

Apabila terlalu menekankan penggunaan Musyrif, maka banyak terjadi kes “melepaskan batok di tangga”. Asalkan guna musyrif sudah mencukupi. Pulang dari kelas tafaquh, musyrif di hadapan dan akhawat paling belakang jaraknya 500m. Kalau diculik agaknya tiada siapa yang perasan.

Maka kita balik pada tujuan asal sistem Musyrif – menjaga keselamatan. Kalau menggunakan musyrif tidak menjamin keselamatan, maka tinggalkan.

Sekarang ini nama kita memang tak tersenarai dalam Jadual Bertugas Rasmi Musyrif maka kadar menjadi Musyrif itu sudah kurang. Namun begitu, sekali sekala masih ditelefon kerana mudah berkira. Terutamanya oleh seekor makhluk yang tinggal di Kutub Utara; berwarna putih seperti beruang polar dan mempunyai taring seperti anjing laut.

Kalau kita yang jadi musyrif, selalunya akan cuba suruh akhawat yang lead perjalanan. Kita lebih suka ikut dari belakang. Sebabnya, akhawat lebih tahu arah perjalanan, kawasan sekitar, kenderaan yang ingin dinaiki, nak pergi mana dulu. Kita cuma akan pantau dan bagi nasihat sekiranya perlu. Maka mereka sendiri perlu melantik ketua dan merancang perjalanan; nak lalu jalan mana, naik kenderaan apa, bagaimana kedudukan sewaktu perjalanan, bila nak check keselamatan teman sekeliling.

Ini merupakan latihan paling penting buat akhawat, kerana apabila keluar dari Mesir sudah tiada Musyrif akan bersama mereka. Pulang ke Malaysia akan menjadi kebiasaan pulang malam tanpa ditemani lelaki. Pergi melancong ke UK tiada Musyrif akan bersama mereka.

Maka, jalan supaya kita boleh nampak kamu dalam keadaan yang selamat.

Ikhwah dan akhawat bukan lagi budak kecil. Doktor Surgery berkali-kali memarahi kami kerana bersikap seperti kanak-kanak; gelabah dengan attendance, passing nota sewaktu kuliah, datang lewat dsb.

Dalam Family Planning, jangan bergantung kepada pasangan untuk memakai kondom, tapi akhawatlah yang perlu memasang Intra Uterine Device. Dah pasang IUD jangan rasa selesa, peringatkan pula ikhwah supaya memakai kondom. Barulah Sexually Transmitted Disease seperti pregnancy dapat dielakkan.

Kaitannya? Akhawat jangan bergantung kepada orang lain untuk menjaga keselamatan anda. Didik diri supaya cakna dengan keselamatan diri, bukan setakat hanya rasa-rasa tapi mesti sure safe. Dah ambil semua langkah berjaga-jaga, telefon seorang ikhwah temankan supaya safety bertambah kuat.

Kalau tiada ikhwah boleh temankan, paling kurang maklumkan sebelum dan selepas perjalanan kepada Musyrif bertugas. Ada effect-kah pada keselamatan? Ada. Lain kali ikhwah tersebut akan lebih teruja untuk menemani anda sebab rasa dia diperlukan.


Untuk akhirnya, Tiada Musyrif Bukan Aib. Tak perlu melarikan diri kalau terserempak ikhwah di tengah malam. Tak perlu juga buat tak tahu seolah-olah tak kenal lelaki Melayu di hadapan. Tegur dan tanya, boleh temankan tak hingga ke destinasi. Kalau tak boleh tak mengapa, Tiada Musyrif Bukan Aib. Dalam hati, “Bila dah kahwin dengan engkau nanti mampus aku kerjakan; aku suruh teman ke hulu ke hilir sampai terseliuh berjalan.”

Tak puas hati? Komen di bawah.