Akhirnya berakhir sesi Biro Penerbitan & Penerangan (BPP) bERUBATAN versi lama. Sekarang bermula perjuangan bERUBATAN versi baru (Kononnya, padahal setakat pemisahan kuasa supaya bidang kerja lebih jelas =P)
krew-mp-1213
2013 bermakna genap 6 tahun BPP ditubuhkan (2007) dan genap 5 tahun jenama mediaPERUBATAN digunakan (2008).

Jujurnya BPP adalah biro yang paling dekat di hati kerana secara fitrahnya kita merupakan seorang yang tak suka akademik dan tazkirah. Sungguh memeningkan berbicara perkara soalan tahun lepas dan juga tafsir al-Quran. Memang bukan minat kita untuk buat kerja dalam bidang tersebut walaupun suka mendengar tazkirah dan melihat buku teks.

Berlainan dengan BPP yang saban hari kerja mereka bermain dengan Photoshop, edit kod laman web, merakam video, tulis cerpen, lukis kartun, bergosip, buat majalah dan lain-lain. (Tapi pusing-pusing kerja BPP berkisar 2 perkara tu jugak. Tambah sikit politik persatuan =P)

Kita telah menyaksikan 6 tahun dahulu mereka (pengasas BPP) bermula dari kosong, tak tahu apa yang perlu dilakukan dengan sebuah biro bernama BPP, hingga hari ini telah banyak kemajuan yang telah dicapai oleh mereka-mereka selepas mereka (adik-adik). Secara peribadinya sepanjang 6 tahun ini, sangat berterima kasih kepada semua Krew yang telah banyak membantu dalam melaksanakan tugas sebagai penunggu laman web bERUBATAN.

Setiap tahun juga rasa tak lengkap ucapan sewaktu jamuan akhir tahun sekadar “Terima kasih” dan “Minta maaf”. Rasa tak lengkap memberi ucapan di angin lalu, maka kita berusaha untuk memberi sesuatu sebagai tanda penghargaan kepada mereka. (Skima ucapan masih sama – “Maaf” dan “Terima kasih”, tapi lebih cantik kan kalau disertai sesuatu)


Harapan untuk Biro Penerbitan & Penerangan, agar terus menjadi peneraju masa depan bERUBATAN. Terus segar mengeluarkan idea-idea baru dan melaksanakan apa yang ahli lain lihat sebagai mustahil untuk dibuat, terutamanya kerjasama antara semua Cawangan. Terus mengeluarkan hasil yang membantu ahli-ahli bERUBATAN. Terus berusaha mendekatkan ahli dan pimpinan. Terus lantang mengkritik persatuan (Kritik belakang je lah kah3).

Manfaatkan Facebook Group yang ada untuk berkongsi idea dan cadangan. Mudah-mudahan apa yang kita ingin buat tidak terhad kepada Cawangan kita sahaja tapi turut dilaksanakan di Cawangan lain. Mudah-mudahan ada rakan dari Cawangan lain yang genius boleh menambah baik idea dan cadangan kita.

Manfaatkan juga Facebook Group untuk kritik, tegur, dan bincang segala isu dalam biro atau persatuan supaya kita boleh menyumbang untuk memperbaik isu dan masalah yang berlaku, melalui kuasa yang ada dalam Biro Penerbitan & Penerangan. Kritikan bukan sesuatu yang perlu takut untuk diberi dan takut untuk diterima.

Paling penting, kena buang mindset kita buat sesuatu kerana diberi amanah sebagai krew. Tak jadi krew kita takkan buat sesuatu. Tak jadi ketua kita hanya boleh duduk bantah dan lihat. Kena tanamkan mindset bahawa manusia ada amanah yang lagi besar untuk dilaksanakan walaupun hanya sebagai freelancer. Belajar daripada Saidina Khalid al Walid.

Kena ingat BPP adalah core bERUBATAN. Kena terus membesar jika mahu bERUBATAN menjadi kuasa besar dunia. (Persatuan pelajar perubatan negara mana yang ada 8k Likes Facebook?)

Biro mana lagi yang guna panggilan Krew menggantikan AJK? Biro mana lagi yang gatal mengguna istilah Jabatan menggantikan Unit? (Sebelum diciplak oleh MTP XD). Biro mana lagi yang mengenali krew Biro yang sama dari Cawangan lain? (kononnya lah XD). Biro mana lagi, AJKnya sudah melepaskan jawatan tapi bersedia menghulurkan tenaga dan idea?

Semua ini adalah value yang ada dalam BPP. Manfaatkan.
akar-pokok-rimbun
Harapan untuk Jabatan Penerbitan dan Penerangan (Majlis Tertinggi), agar meneruskan kebersamaan seluruh Cawangan. Cuba untuk membuat pengurusan terhebat yang tak pernah dibuat persatuan lain. Cuba untuk memantau semua Cawangan dan menyegarkan idea mereka agar segalanya menjadi milik PERUBATAN, bukan sekadar Cawangan tertentu sahaja.

Nak bina daulah Islamiah kena kikis perasaan eksklusif muhafazah. Nak duduk bawah satu khilafah kena buang perasaan eksklusif bangsa dan negara. Kena contohi persaudaraan Muhajirin dan Ansar – persaudaraan akidah. (Jilaka dah jadi tazkirah la plak, ok stop)

Kepada semua Krew yang baru, teruskan usaha anda berkhidmat untuk persatuan. BPP memang banyak cabaran, ujian, tekanan perasaan, kritikan dan sekatan. Tapi kita mahu anda semua mendapat sesuatu daripada BPP. Sesuatu yang tak mungkin anda peroleh dari tempat lain.
krew-mp-1213-2
p/s: Mereka yang tak dapat lagi cenderamata, sabar eh. Rezeki ALLAh dah tentukan dapat ke tak ;)