Berentap Merebut Sofia

Rashdan dan Rashid merupakan dua anak yatim yang meminati sukan parkour. Satu hari Elaina ternampak aksi mereka lalu membuat keputusan untuk menjadikan dua beradik itu sebagai bahan berita. Elaina sebelum ini pernah membuat liputan tentang kegiatan haram seorang usahawan ternama, Naganathan. Berita tersebut menyebabkan Naga terpaksa low profile untuk sementara waktu dan menyimpan dadah miliknya di rumah anak yatim Pak Zamry. Naga menculik Sofia dari rumah anak yatim tersebut sebagai tebusan agar Pak Zamry menurut arahan. Kesudahannya Rashdan, Rashid dan Elaina bekerjasama untuk menyelamatkan Sofia daripada cengkaman Naga.

Dengar macam klise, ya memang klise. Dengar macam cerita gengster, ya memang cerita gengster. Tapi cerita ini sesuai ditonton seisi keluarga kerana ceritanya ringan, mudah difahami malah mempunyai nilai moral.
Rentap.2014.DVDRip.x264.AC3-LTTi.snapshot_01.19.34
Awal-awal lagi Rashdan menunjukkan sisi baik beliau apabila mengutamakan keselamatan ‘musuh’ parkournya berbanding kemenangan dalam pertandingan. Kemudian kita dihidangkan dengan ceramah Rashdan tentang media massa yang sering memutar belit cerita dan gosip artis. Apatah lagi apabila Sofia dihampiri orang tidak dikenali, perkara pertama yang dia buat adalah menikam orang tersebut kah3. Do not follow strangers, kids!
Rentap.2014.DVDRip.x264.AC3-LTTi.snapshot_00.04.14
Camera work dalam filem ini memang cantik. Shot third-person sewaktu melompat sangat mengujakan. Aksi-aksi pelakon juga dirakam dengan cemerlang. Subtitle pula menggunakan typography mengikut intonasi pelakon, memang genius.
Rentap.2014.DVDRip.x264.AC3-LTTi.snapshot_00.19.56
Dulu sewaktu nampak Zahiril Adzim mempromosikan filem ini tidak teragak lagi, filem ini mesti masuk list tontonan. Cerita lakonan beliau selalunya memang lain dari yang lain. Mohon follow blog beliau dan beli buku Bogel Menuju Tuhan. Pemilihan Syafie Naswip pula sangat sesuai kerana wajah mereka hampir seiras, apatah lagi kesengalan beliau bukan lawak slapstik yang selalu kita lihat dalam drama komedi Melayu.
Rentap.2014.DVDRip.x264.AC3-LTTi.snapshot_00.11.53
Elfira Loy pula bertambah cun apabila beliau menunjukkan buah wing chun beliau. Karakter beliau yang tidak gentar dengan ugutan menambah lagi kekaguman. Semua perempuan perlu mencontohi beliau pada zaman penuh keganasan terhadap wanita sekarang.
Rentap.2014.DVDRip.x264.AC3-LTTi.snapshot_01.16.57
Pak Zamry mengingatkan saya kepada Mandatori tulisan Ramlee Awang Murshid. Bilal Piut yang insaf di penghujung cerita dulunya adalah Carlos pembunuh upahan profesional. Itulah Pak Zamry. Mulanya nampak baik, rupanya mempunyai sejarah silam bersama Naga yang menyebabkan beliau terpisah dengan anak isteri.

Farah Nadia, anda masuk senarai pelakon kanak-kanak bakal jadi perhatian selepas ini. Dari babak melarikan diri hingga babak menangis kamu memang cemerlang. Teruskan usaha.
Rentap.2014.DVDRip.x264.AC3-LTTi.snapshot_01.17.30
Cerita ini memang cerdik. Bukan cerita gengster lawan gengster, tapi orang biasa mahu menumpaskan penjenayah. Ada kelemahan, tapi boleh diabaikan. Ada kekurangan tapi ditutup kelebihan.

Perlu tonton?

Jika anda minat filem aksi maka pergi tonton. Jika anda skeptik dengan filem aksi Malaysia pun masih perlu pergi tonton. Jika anda risau anak kecil terpengaruh pun masih boleh bawa tonton. Jika anda wartawan Malaysia maka lebih-lebih lagi mesti pergi tonton.

KL Gangster mungkin mempunyai dialog tak bermoral yang mudah jadi viral, tapi Rentap mungkin mengajar anda satu moral yang tak pernah jadi viral.

INI BUKAN IKLAN
Jangan lupa bantu jiran saya di pantai timur yang dilanda banjir. Bantuan pasca bencana sangat diperlukan untuk membina semula kehidupan.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain