Cabaran Malam-malam Terakhir.

Rasanya baru semalam tiket penerbangan KUL-CAI menjemput di depan pintu Ramadan. Rasanya juga baru semalam tayar pesawat Egypt Air melakukan pendaratan di Cairo International Airport. Rasanya juga baru semalam saya terhisap asam masin kulit limau sebaik sahaja tiba di Kaherah selepas Subuh; yang dibawa sebagai anti-emetic yang akhirnya tidak berguna disebabkan kereta bergerak ke KLIA di siang hari waktu puasa.

Pejam celik pejam celik, akhirnya berjaya juga sampai ke sepertiga terakhir Ramadan. Nasib baik pejam dan celik. Kalau pejam tak celik-celik, alamatnya tidak merasalah saya malam-malam terakhir yang salah satunya dianugerahkan malam seribu bulan.

Kalau tidur, terasa begitu lama. Masih ingat kisah mimpi saya dahulu? Mimpi saya yang beraneka jenis lagi rasanya boleh dikatakan berepisod juga. Kalau satu episod bersamaan satu slot Akasia, rasanya cukup 2-3 minggu disiarkan di TV3. Tapi mata pejam jam 1 petang, bangun-bangun baru jam 2.45 petang hari yang sama.

Tapi hari ini, baru saya sedar, dah hampir 3 minggu berada di Mesir. Visa pun dah mati. Gambar terpaksa tangkap lagi sekali. Yang ditangkap sewaktu di Malaysia untuk renew passport 24 keping entah letak di mana, entah tertinggal di Malaysia. Belum lagi menjenguk makcik Syuun Tullab nak buat Syahadah. Agaknya Syuun Tullab tu buka tak waktu cuti ni? Dulu tak pernah makcik gemuk di Mogamma’ minta Syahadah universiti semata-mata untuk visa pelancong 3 bulan sementara menunggu universiti buka.

Peperiksaan pun belum habis. Ramadan tahun ini sangat mencabar. Esok nak exam. Malam ini nak study (kononnya). Jadual peperiksaan Dur Tani pula macam orang gila. Semua subjek main sumbat dalam satu hari. Pagi praktikal, tengahari oral. 2 jam MCQ Pharma yang kena baca the whole book, sambung lagi sejam untuk MCQ Cases Praktikal. Banyak gila perkataan nak dibaca. Tapi malam ni malam-malam terakhir. Agaknya kalau terawih 8 rakaat 3 witir, kemudian sambung study sampai ke pagi dikira qiam tak? Dapat berkat tempias Lailatul Qadar pun jadilah.

Alala apabila tekanan melanda, mood fed up pun datang. Haih~

Semangat.

Semangat.

Semangat!

(Chorus x3)

Okey, berhenti setakat ini. Saya tahu semua sudah bosan dengan entry bermanja dengan pembaca minta nasihat untuk bersemangat. XD The best motivator is yourself.

Sebelum tu, teaser untuk kamu semua. Percubaan mengedit video Event: Wedding. =)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

5 thoughts on “Cabaran Malam-malam Terakhir.

  1. insyaAllah, segala kepahitan akan membuahkan kemanisan. Study itu ibadah, mana ada org study pose2 ni selain org nk exam!.see…semua org x dpt tp kamu dan sy dan mereka dpt. ngeheee..

    *mood semangat utk diri sndiri!*

    [..Gemuruh Jiwa, Semangat Membara!..]

  2. Fighting! Fighting! =)

    *org hantar msg tp xdeliver pun, henset dh xtau ltk mane eyh? huhu*

Komen di sini, bukan di tempat lain