Esok Hantar Buku Nota

Waktu belajar Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah (PQS) dulu, Ustajah suruh buat buku nota. Buku nota tersebut saiz A4, ringkasan daripada perenggan-perenggan dalam buku teks dalam bentuk keyword penting. Kalau kreatif buat peta minda dan guna pen warna-warni lukis apa saja hiasan dalam buku tersebut.

Tapi selalunya kalau siapkan buku nota tersebut, tak pernah dibaca pun waktu peperiksaan walaupun ianya ringkasan. Mungkin kerana jawi tulisan tangan dalam buku tersebut sangat hodoh tak mampu dibaca manusia maka lebih rela membaca perenggan demi perenggan dalam buku teks bertaip jawi komputer.

Tiap-tiap bulan buku nota tersebut akan dikutip untuk disemak.

“Esok hantar buku nota,” beritahu Ustajah. Maka bertungkus lumuslah anak-anak dalam kelas menyiapkan buku nota last minute. Kelam kabut kalau ada 10 bab belum dibuat, ingin disiapkan dalam 1 malam.

Personally, kita tak pernah siapkan pun, selalu ada alasan tak hantar atau buat senyap sampailah waktu getir kutipan buku nota berlalu. Maaf Ustajah.

Tapi kenapa anak-anak sangat gembira apabila buku catatan amal diangkat ke langit?

Bila dah diangkat maknanya buku catatan lama akan kekal tak boleh diubah, bukan bermaksud buku kita bersih tiada dosa. Maka kenapa mesti gembira?

Sebelum diangkat ke langit, disemak disimpan dalam stor, dan hanya akan dikeluarkan pada hari kiamat nanti, amat bagus jika anak-anak berusaha memadam dosa yang tertulis. Istighfar banyak-banyak mohon keampunan. Solat taubat.

Maka kenapa mesti gembira? Sila kelam kabut dan resah gelisah dengan dosa yang ada.

p/s: Ramadan 15 hari lagi. Yay!

p/p/s: jemput ke blog ini untuk promosi program cuti Summer.

IKLAN!
Adakah buku amalan kita ditulis kebaikan setiap kali kita bermain Internet?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain