Diagnosis Penyakit

Kelas klinikal pagi-pagi selalunya ada patient. Maka pelajar kena ambil history untuk tahu sejarah patient tersebut seterusnya boleh buat diagnosis dengan tepat.

Namun begitu, selalunya bila masuk kelas kita akan tanya, “Hari ini kes apa?”

Sebab nak tahu spesifik apa yang perlu ditanya. Lebih kurang macam tahu jawapan terlebih dahulu, barulah kita kenal pasti ada ataupun tidak pada patient tersebut.

Hari ini seperti biasa transfer cerita Jepun yang baru selesai download ke dalam hard disk, tergerak hati untuk buka episod 1 GM Odore Doctor. Ini adalah kritikan hero terhadap sistem hospital dalam drama tersebut. Kata mudahnya samalah macam situasi tadi, kritikan terhadap pelajar perubatan iaitu saya.
gm-odore-doctor
Contohnya dapat kes abdomen, patient sebut kriteria heart disease pun dah tak tanya dah pasal heart sebab dah tahu ini kes abdomen. Buat apa membazir masa tanya pasal heart?

Kesan buruknya, kadang-kadang bila patient datang dengan simptom-simptom yang pelik, saya dah mula jadi pening tak boleh fikir. Kadang-kadang ada perkara yang terlepas pandang, nampak kurang penting. Kadang-kadang disebabkan dah set dalam minda patient ini kes abdomen, history tunjuk bukti kukuh kes heart pun masih denial, lalu salah diagnosis.

Lagipun patient dalam real life tak datang begitu. Dia datang dengan unknown case. Kita yang kena siasat dan tentukan apa kes beliau. Ciri-ciri yang menentukan penyakit, bukan sebaliknya.

Saya sengaja sentuh isu ini kerana dalam perkara lain pun kita buat perkara yang sama. Sering dikelirukan dengan istilah. Akhirnya tak ke mana.

Sebut Islam yang kita nampak adalah mesti ada mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, haji. Tak pernah kita nampak buat baik pada manusia, berlaku adil, buang sampah, belajar, menulis, dan memasak itu Islam.

Sebut tarbiah yang kita nampak adalah mesti ada tazkirah, baca Quran sikit, kemudian cakap guna ana-enta. Tak pernah kita nampak team work, ajar masak nasi, lirik lagu positif ataupun ajak main bowling itu sebagai tarbiah.

Kan?

Sayalah. Sebab itu terasa hati. Sebab gagal relate kehidupan dengan Tuhan. Anda semua mungkin tidak.

Mohon tunjuk ajar semua. Komen kat bawah.

IKLAN!
Did your parents say these things to you when you were young?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “Diagnosis Penyakit

  1. And one of the best way for medical students to learn these skills (diagnosing and management) are only by attaching themselves to the Emergency Department. Front liner of a hospital, you don’t know why the patient comes, what are the underlying condition etc. and every patient is a puzzle to you!

Komen di sini, bukan di tempat lain