Aktiviti budak-budak setiap kali habis exam – melantak. Saya pula memang pengikut setia, pernah satu kali kami keluar sedangkan esoknya saya exam Neurology.

Kali ini tempat yang dituju adalah masakan Hindraf India, restoran Taj Maharaja bertempat di Maadi. Dekat dengan Metro.

Geng melantak - Sayut, Jackster, Alfa.

Geng melantak – Sayut, Jackster, Alfa.


Usai makan, sambil menunggu ayam dan kambing tandoori, tikka, stew, masala – dan entah apa nama lagi – menuruni gastrointestinal tract, kami menyerbu salah satu kedai buku – Book Spot. Hajatnya cuma mahu cuci mata. Tengok cover sambil minum lemonade.

Saya terpandang satu majalah di rak buku kedai tersebut – Maadi Messenger (Edisi Januari 2014). Tertarik sebab ada perkataan FREE pada cover. Kadang-kadang tangan gatal merembat barang free walaupun balik rumah akhirnya dibuang.

Tanya abang tauke, “Magallat di maganan? (Majalah ini percuma?)” untuk confirmation.

Abang tauke jawab “Yes” terus masuk dalam plastik. Sekurang-kurangnya tak pelik 5 orang masuk kedai buku tak beli apa-apa. Macam perompak.
maadi-messenger-free
Balik rumah baru belek-belek. Seperti biasa, majalah percuma yang berkualiti tinggi sebegini – kertas berkilat, berwarna penuh, dan tebal – memang penuh dengan iklan. Tapi berbaloi sebab iklan Tang cantik-cantik boleh buat bookmark atau poskad kalau kreatif. Serius.
maadi-messenger-tang-ads
Paling menarik adalah beberapa halaman yang mempromosikan gereja Kristian dan aktiviti mereka.
maadi-messenger-churches
Siap ada quote siap. Hebat sungguh Mother Theresa.
maadi-messenger-mother-teresa
Persoalan yang saya ingin bawa di sini adalah:

1. Orang Kristian memperkukuhkan agama mereka dengan dakwah dan sukarela, tapi orang Islam memperkukuhkan agama mereka dengan undang-undang dan paksaan. Saya tak tahu ingin menyorok kemaluan atau bising di Facebook sebab saya pun pemalas bab-bab dakwah sebegini. Cuma, worth untuk difikirkan, sampai bila nak kekal begini.

2. Kenapa majalah lagho selalunya murah/free tapi majalah Islami mahal gila babi? Tak semua orang mujahadah tinggi nak keluarkan duit lebih untuk beli buku Islami. Lebih-lebih lagi yang tidak mendapat tarbiah seperti anda semua.

Antara persoalan yang bermain-main di fikiran. Bolehlah kalau nak ulas dalam komen di bawah.


Hasil usaha Kristianisasi mereka, saya yang imannya cuma senipis kulit bawang ini tanpa sedar telah terpukau lalu membeli sebiji buku Barat bertajuk Children’s Classic Tales (Wordsworth Special Editions).
childrens-classic-tales
Saya tak larat nak baca cerita Bahasa Inggeris yang berat-berat. Cuma mampu layan cerita klasik yang selalunya kanak-kanak baca.

“Aku tengok bahasa dia tinggi jugak,” ujar Sayut. Baru selesai membelek beberapa muka surat.

Yalah, nama pun Shakespeare, memanglah shall I compare thee to a summer’s day?

Nama sahaja cerita kanak-kanak tapi jadi bahan sastera dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah. Bagaimana boleh terpukau beli buku ini? Holy water betul.

IKLAN!
Tips menjimatkan wang 2014 – makan kangkung.