Sebelum peperiksaan selalunya kita akan kumpul soalan tahun-tahun lepas kemudian cari jawapan untuk soalan tersebut.

Sewaktu peperiksaan pun ada kalanya kita ingat-ingat lupa, lantas ucap pelbagai zikir supaya ingat jawapan soalan peperiksaan tersebut.

Keluar dari dewan peperiksaan pun kita belek kembali buku nak tengok jawapan untuk soalan yang kita jawab tadi.

Semua ini kita lakukan demi sebuah keyakinan. Keyakinan berupa kebenaran.
DSC03298
Samalah. Hidup ini pun ada benda yang kita takkan jumpa jawapan sekelip mata.

Sekarang masih belajar, saya sedang mencari jawapan untuk satu persoalan yang saya dapat bertahun-tahun lepas daripada seorang rakan. Selepas graduate dan bergelar doktor pun saya mungkin masih mencari jawapan persoalan tersebut.

Andai suatu hari nanti saya berhenti menjadi doktor dan merempat di tengah jalan pun, takkan pernah berhenti mencari jawapan untuk soalan maut; “Engkau betulkah mahu jadi doktor?”

IKLAN!
Agenda Yahudi memusnahkan umat Islam akhirnya berjaya apabila kemenangan Germany melenyapkan bunyi bom ke atas Gaza